PARAH!!! Kes Tembak Pegawai Bank: Dakwaan Polis Terima Suapan RM100 Setiap Bulan Dari Suspek Disiasat.. Jom Terjah!!!

Laman blog yang menyiarkan keratan Facebook rakan suspek yang mendakwa bayar suapan RM100 sebulan kepada polis.

SHAH ALAM - Polis akan menyiasat dakwaan sebuah laman blog yang menyiarkan gambar serta perbualan dipetik dari laman Facebook milik seorang lelaki dikenali sebagai 'Mahesa Birawa' yang dipercayai rakan suspek utama menembak mati seorang pegawai Ambank, Norazita Abu Talib, 37 di Subang Jaya Sentral 2 pada 23 Oktober lalu.         
                                           

Berdasarkan artikel blog tersebut, kandungan perbualan menyentuh bayaran yang dibuat oleh lelaki terbabit kepada anggota polis di Shah Alam untuk tujuan mendapatkan perlindungan.

Difahamkan, wang berjumlah RM100 dibayar setiap bulan oleh lelaki berkenaan kepada polis di Shah Alam bagi 'menjaganya' sepanjang berada di negara ini.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, setakat ini, pihaknya belum menerima maklumat berhubung perkara itu (anggota menerima sogokan).

Beliau berkata, pihaknya akan menyiasat terlebih dahulu kesahihan maklumat itu sebelum mengambil sebarang tindakan.

Menurutnya, polis menerima banyak maklumat termasuk berbentuk tohmahan serta tuduhan sepanjang tempoh siasatan dijalankan terhadap kes tembak mati Norazita.

"Jika perkara itu wujud, kita akan panggil mereka yang terlibat untuk membuat laporan polis termasuk diambil keterangan bagi membantu siasatan," katanya selepas Taklimat Kawalan Keselamatan dan Lalu Lintas Piala Malaysia di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, semalam.

1 comments:

  1. kalau betol la...abis la Malaysia kalau ni la polis Malaysia...harapkan pagar, pagar makan padi.......hasil tarbiyah wasatiyyah PM Haji Najib.....(dah bayar ke bil elektrik 2.5 juta tu Datok Seri...atau rakayat termasuk nelayan dan buruh yang kena tolong bayar melalui cukai...temberang punya PM

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.