Gempar!!! Al-Fatihah: Kematian Ketua Penguat Kuasa Jaip Bermotif Bunuh.. Allahyarham Mati Ditembak, Ini Butirannya..


KUANTAN: Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang Ustaz Nazri Ahmad meminta pihak polis dan kerajaan mengambil langkah serius membendung jenayah pembunuhan dan tembakan.

Katanya, kes terbaru pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JaipAhmad Raflie Ab Malik(gambar) yang mati selepas terkena tiga das tembakan hari ini, membuktikan jenayah tersebut kini bukan sahaja berkaitan dengan gangsterisme malah melarat ke bidang agama.


Sambil melahirkan rasa sedih, beliau mahu pihak berkuasa segera memberkas penjenayah tersebut bagi menghormati isntitusi agama.

Nazri mengulas kes tembakan maut Pegawai Penguatkuasa Jaip Raflie yang berlaku di hadapan rumah Allahyarham di Indera Mahkota 2, dekat sini, kira-kira pukul 2 petang hari ini.

Menurut sumber polis, Raflie yang berasal dari Chenor, meninggal dunia di tempat kejadian kira-kira jam 2 petang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC Mohd Zakaria Ahmad yang mengesahkan kejadian itu berkata, tiga suspek lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian.



Ketiga-tiga suspek itu dipercayai melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback berwarna putih selepas menambak mangsa.

Beliau berkata, polis masih menyiasat kejadian itu.


Sebelum ini Raflie dikatakan begitu giat menggeledah tempat-tempat ajaran sesat dan Syiah seluruh negeri Pahang.

-Sumber: Harakahdaily & FB

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.