Subhanallah!!! (Gambar) Inilah Orang Besar Kesatuan Yang Paling Kecewa Dengan PM Haji Najib Selepas Bentang Bajet 2014.. Jom Terjah!!!


Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) kecewa dengan bonus setengah bulan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2014 yang diumumkan petang tadi.
Timbalan Presiden Cuepacs, Azih Muda, berkata pihaknya menuntut bonus sebanyak dua bulan, tetapi Najib memberi bonus setengah bulan.
“Kita tidak berpuas hati kerana penjawat awam bergantung kepada bonus setiap tahun kerana terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang lebih untuk persekolahan dan perayaan.
“Kakitangan kerajaan tidak mempunyai simpanan sebanyak itu," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Azih berkata, bonus adalah pengiktirafan kepada penjawat awam kerana banyak memberi sumbangan dalam melaksanakan perkhidmatan kepada kerajaan.
Beliau berkata, Cuepacs mengakui pemansuhan subsidi gula sebanyak 34 sen yang berkuatkuasa esok bakal menjejaskan penjawat awam kerana ia menyebabkan pertambahan kos sara hidup rakyat, ditambah lagi dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
"Kenaikan harga makanan pasti berlaku, bukan sahaja kepada penjawat awam tetapi semua rakyat turut merasai kesannya terutama kerana kenaikan harga gula ini. Ini belum termasuk GST yang kita tidak tahu lagi impaknya kepada rakyat," katanya.
Bagaimanapun, katanya, Cuepacs memuji kerajaan kerana memberi tambahan kepada Bantuan Rakyat 1Malaysia  (BR1M) dari RM500 kepada RM650.
The Malaysian Insider sebelum ini melaporkan Cuepacs  menyarankan kerajaan memberi bonus dua bulan gaji kepada 1.4 juta penjawat awam dalam Bajet 2014.
Azih berkata, pemberian bonus tersebut wajib diberikan kepada penjawat awam kerana kos sara hidup semakin meningkat kini.
Pembentangan Bajet 2014 oleh Najib sebentar tadi antaranya menyaksikan rakyat bakal berdepan dengan cukai GST bermula 1 April 2015 sebanyak 6 peratus, kenaikan harga gula berkuatkuasa esok dan BR1M 3.0 diperluaskan kepada isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.

3 comments:

  1. Kan undi awal dan undi pos tu yang memberi kelebihan beganda kapa BN?Dan semua tu adalah dari kakitangan awam.
    Kan BN dah menang hasil dari sumbangan ahli2 Kesatuan sdr! Dah menang janji jadi capati lah.
    Harap ingat2 lah 4 tahun lagi.
    Sekarang jangan gaduh2 kerana ini semua ketentuan Allah.
    Rujuk kapada ulama Umporno.

    ReplyDelete
  2. Tak pandai bodek dan mandrum,jarang-jarang dok pi cium pipi rosmah payah le nak jalan program dan tuntutan.Di England cikgu mogok,diBrazil Cikgu mogok,diAfrika Selatan Cikgu Mogok DiMalaysia Cikgu dok ampu dan jilat pungkok menteri,masing-masing nak tunjuk ketaatan dari guru kanan,penolong kanan,pengetua,PPD Pegawai Jabatan terus keKPM semua bodek tanpa keraguan.

    ReplyDelete
  3. Ini Mat CUEPECS nipun jenis muka pengampu macam Omar jugak nih! Kalau dapat Datuk nanti senyap dan diamlah Azih ni! Spesis pengampulah katakan.......suruhlah lagi penjawat Awam sokong UBN! Bukanya dapat bonus, tapi dapat GST,kenaikan gula dan taklama lagi minyak naik sekali lagi! TQ cuepecs..sebab kebodohan dan sikap ampu presiden dan kamu semua kakitangan awam dapat taik !!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.