Berikut merupakan keluhan dan rungutan guru-guru tentang pelaksanaan PBS/KSSR/SPPBS yang sedang dijalankan. Bagi mereka yang bergelar guru, lebih 90% daripada mereka menentang sistem ini yang terdapat pelbagai masalah, bukan sahaja sistemnya yang lambat bahkan keberkesanan pelaksaannnya yang perlu dikaji semula dan seeloknya dimansuhkan.
Saya ambil komen keluhan-keluhan ini dari pelbagai sumber iaitu blog, facebook, youtube, forum dll. Jika anda nak tau sumbernya dari mana, cuma copy komen tersebut dan cari di google. Harap post ini akan membuka mata pihak yang bertanggungjawab..........
- kami tak pernah kisah pun kalau kena buat kelas tambahan atau kelas malam ke sebelum nie… sbb mengajar itu adalah keutamaan…. tp skrg dah terbalik dah mengajar dah jatuh no 2, yg penting bg budak jawab eviden pbs sampai selesai…. bayangkan eviden ada lebih 200 contohnya utk pendidikan moral. sedangkan hari persekolahan hanya 190… jd takkan setiap hari nak laksana pbs… masa bila nak fokus pnp….. belum masuk soal semak n key in lg… 200 kali 150 pelajar tak ke 30000 data kena key in… kalau key in terus masuk takpe… nie masuk satu loading sampai berjam2… tertido2 siap… dah guna internet yg rm180 sebulan tue (kalau ko kata internet slow la)…. habis tue takkan setahun kami semua nak korbankan waktu tido utk key in menda nie, agak2 la… belum lg nak key in menda2 lain dlm pelbagai jenis sistem lg….
- kami tak kesah buat dan patuh segala arahan untuk melaksanakannya tapi yang problemnya nak masuk untuk key in dah satu hal, masuk data dan simpan pun satu hal gak…hari ni dah 5 kali masuk untuk pelajar yang sama dan simpan tapi alih-alih tak de data yang di key in tak ke bengang!!!!!!!PBS bagus tapi kena padanlah dengan server nya …asyik-asyik server error, web page not found, loging balik…..sampai bila kita nak buang masa mengadap komputer tapi kerjatak siap-siap gak ??? sapa nak jawab ?????
- Hampir seminggu dah saya nak log ini untuk kemaskini kemasukan prestasi pelajar saya, masih tak dapat2 kerana sistem asyik log out sahaja tiap kali selepas log in. Apakah ini satu kemajuan atau…
- bolehkah buat perisian zaman purba? sebab sekolah kami tiada bekalan elektrik…internet….. nun jauh dalam hutan…macamana nak keyin markah….fikirlah sendiri…guru2 di bandar bolehlah key in markah dalam sppbs tapi kami yang di dalam hutan tiada bekalan elektrik dan internet…. keluar dari hutan jalan kaki 4 hari baru sampai bandar…di bandar line belum tentu ok…
- tensionnye kepala otak sy ni….setuju dgn pdpt kwn2 diatas…….ni pun dah nak due date ni.sampai la ni xsiap lagi ni….asyik login…log in…….xdapat nak isi lg band2 ni……..tertidur atas laptop pn terjadi ni……..pening2.sekarang pun gi duk cc dari jam 1 tadi dapat isi sorang je …..yg belum si 90 org md lagi……sampai suami tegur…..keja yg xhabis2…siang mlm……kasian kat anak 2 terbiar…rumah pun dah mcm tongkang pecah,,,maklumat yg diterima asyik berubah-ubah…mula bln julai ari tu ckp isi semua bln 10 jadi kita pun isilah semua bln 10 seminggu pastu s/u pbs ckp salah kena isi ikut bulan……hampeh betul….jd murid yg dah tersalah isi tu xleh nak buat mcm mana…..skrg dah jam 340ptg…sistem masih loading lagi…….tolonglah…kami….guru yg tension isi sppbs ni…….
- lepas nie peratus cikgu stresss meningkat.kata nak kurangkan beban cikgu tapi membebalkan kepala cikgu semalaysia…
- setuju. fikirkan sistem yang terbaik…bukan sistem sppbs yang gila kerja sehari jadi setahun…..guru jadi mangsa murid dapat kesannya..sbb guru tidak keyin markah murid…..
- saya bangun pukul 3 am untuk key in pbs. sampai sekarang dah pukul 6.51am masih tidak berjaya key in semua. geram betul!
- kerja key in markah ni sepatutnya bukan kerja guru…guru mengajar je…mungkin boleh minta tolong menteri pendidikan key in kan markah….bukan guru tidak boleh buat tapi sistem sppbs ni memang sistem terburuk dalam dunia…
- Rakan-rakan guru…saya percaya anda semua termasuk saya cuba laksanakan PBS dengan jayanya tapi fikirkan PBS je boleh dapat penyakit baru tau ( tekanan darah tinggi dan penyakit mental ). So takyah fikir sangat…bukan masalah datang dari kita…tapi sistem memang tidak mengizinkan. Lusa dah cuti…kita rehatkan minda (yang dah berkecamuk) dan badan (yang dah lama tak tidur malam) pergi cuti-cuti Malaysia…
- Saya bersetuju sangat bahawa sistem on-line PBS memang bermasalah. Bayangkan untuk log-in sahaja sudah mengambil masa 4 jam,bila dah dapat hanya seorang murid sahaja yang berjaya di key-in, lepas tu paparan terus hilang dan ulang lagi nak log-in. Sakit mata, kepala dan tertekan sangat. Guru juga manusia biasa bila tertekan dah beremosi, sememangnya nak kerja date-line tapi penambahanbaikan belum dilakukan. Baik rehatkan minda dan emosi..jom cuti.
- kenapa PBS ni menjadi rungutan :
1- masalah serve terlalu lambat ( susah nak masuk )2- kena isi unt setiap bulan mulai Januari ( padahal kursus diberi dlm bulan 6…kementerian suruh back dated tarikh dari januari
3- byk sangat item nak kena isi ( jadi kerani la pulak )..terutama guru kelas…
moralnya : sapa yg tak isi PBS..mmg tak tahulah peritnya…..
- salam…20 thn yg lalu saya mmpu mengajar 48 org mrd dlm satu klas sehingga blh mmbc kesemuanya dgn izin Allah…krn 100%tgsannya mengajar dlm aspek akademik dan sahsiah. Kini bila brdpn dgn tgsan online yg pelbgai,major m/ajar tinggal 60% sehingga menybbkn pencapaian dan disiplin mrd merosot . Dulu sy bangga mnjd guru dan mghrp anak2 mengikuti jejak saya. Tp kini bila tiada ‘ketelusan’ dan tknn di bhg atasan, hrpn saya bertkr arah.
- Salam 1 Malaysia & PBS. aku adalah antara guru yg seperti di atas yg mengisi markah PBS. paling menyedihkan aku jugak adalah s/u pbs yg memastikan guru-guru mengisi dan menghantar segala mak nenek markah & fail yg ntah pe2. sekolah dah tutup. paling bengang, aku dah mcm jdk pengetua,kejar guru yg xfhm wat pbs, yg x mau buat pbs, yg mcm2 lg la ngadu itu ini dgn memastikan pelajar yg masuk keluar sek dilengkapkan segala evidens sblm diserahkan kepd cikgu sek lain. jdk, pengetua x tau wat pe. aku pun ajaq tingkatan 1 & tpaksa key in mrkh.tp sbb aku s/u sgla bhgn di sek, aku kena wat keje2 s/u sblm key in mrkh.bila nk key in mrkh plak, sistem slow. semasa p kursus,aku dgr kata sistem dah ok.tp aku dpt info dari guru2 di sek,sistem masih slow tp boleh la msuk 10 org mcm ada yg member kt ni ckp.pastu,di rumah,aku la mak pd anak2 aku.ank br 2 org tp yg palg kecik nak menyusu.aduh,letih la.tdokan ank,pastu berjaga pukul 2 pg hingga matahari terbit.dpt la masuk 5 org.pastu,guru2 lain yg bgn sibuk key in,last2 jem sistem.
- Kenapalah PBS ni menyusahkan kaum guru?adus tensionnyerrrr…kalo x siap kan kate guru makan gaji buta…ni dah berminggu-minggu,tp stay xleh siap…ape nak jadi dgn pbs ni..tolong la pihak yang berkenaan agar upgrade system lagi..
- Saya fikir sistem ini tak perlu diupgrade..sangat perlu dihapuskan…ia tidak membantu langsung dan tidak praktikal dalam membuat penilaian. Semua orang boleh buat “Klik” (Key-in)…jika seorang guru dibantu oleh anaknya untuk klik (key-in), maka fikirlah,..adakah sistem pentaksiran ini betul-betul berkesan????..KPM dan semua orang yang terlibat dalam hal ini perlu berfikir berjuta-juta kali dan buat kajian lebih mendalam sebelum melaksanakannya..jangan main syok sendiri dengan sistem yang direka atau mungkin diciplak entah dari mana..cadangan orang ramai amat perlu dan perlu diambil kira..jangan salahkan guru-guru dalam hal ini…jangan juga tambah beban guru-guru…selesaikan masalah mereka dengan penuh rasa tanggungjawab.
- Sistem ni tak berkesan dan menyusahkan, ianya juga tidak boleh dipercayai dan ketinggalan zaman. Adakah eviden yang ada pada semua sekolah sama, jawapannya tidak, guru boleh bagi band tinggi pada anak die, atau rendah pada murid yg die tak suke, ada larat kpm nak chek semua eviden dalam bilik fail 2, susah nak tunjuk pencapaian murid pd parent, xkan nak angkut semua fail 2 tunjuk kat prent, budak meniru time wat eviden, xkan nak kemas meja setiap kali masuk kelas, bile xde exam bebudak tak baca buku, mane ade universiti dalam dunia yg xde exam. Esok masuk u x bleh jawap soalan peksa.
- PBS…bukan takan masalah key-in. Proses seblm key-in tupun dah stress. Berapa byak eviden nak kena selesai. Ada 200 eviden utk setiap murid. Satu kelas ada 35, kalau 12 kelas cuba bayangkan berapa ribu nk kena key in. Berapa jenis fail tak di kira lagi. Bilik fail nun jauh hujung blok…. Dalam pada tu ada pelajar yang tak hadir ke sekolah, bila hadir cikgu dah buat eviden baru. Kekangan masa tak kira lagi……Untuk yg mencadangkan PBS yg terang2 b**oh ni, nak cakap semua orang boleh cakap utk menunjukkan kehebatan dan pembaharuan dlm pentadbiran kononnn. Teori mmg boleh….cuba suruh depa mai try buat tengok….gerenti giler sebab sebelum ni syok arah itu arah ini.
- sejak xdpt key in markh sy bcdg nak tukar profesion nak jd doktor..rasa nak bedah siasat jek pbs nih..
- Service Unavailable
HTTP Error 503. The service is unavailable.
- Walaupun saya bukan guru, tapi berkenaan dengan sistem PBS ni, saya menyebelahi guru. Ini satu kes naya. Saya adalah pemilik Cyber Cafe. Saya lihat dalam seminggu dua ini, CC saya dipenuhi dengan guru-guru yang datang untuk ‘key in’ data. Tapi rata-rata menunjukkan rasa tidak puas hati, berjam-jam key in, data tak masuk, sampaikan saya juga kena tempiasnya, saya yang jadi mangsa kemarahan pelanggan saya. Ada yang marahkan saya dengan cakap Internet Slow, Komputer Hang dan macam-macam lagilah.. Kalau berkenaan dengan sistem kerajaan malaysia ni, saya kenal sangatlah, selalu saja ada masalahnya. Bukan setakat PBS ni je yg menyerabutkan kepala otak saya, banyak lagi, APNM, MOHE dan banyak lagilah. Orang Yang Buat sistem tu yang old skool, guna sistem lama, pakai IE, 90an punya sistem, pastu server diorang plk kecik xpdn dgn jumlah data yg masuk. Psl tu la yang hang.. Orang yang buat sistem hanya menang tender dan nak cari untung, bukan ada masa nak pikir kesusahan orang lain. Saya pikir eloklah semua guru berpakat ramai-ramai, buat satu bantahan ataupun memorandum menuntut supaya KPM pertingkatkan kualiti PBS nih, ataupun kalau mereka manyak songeh, kasi batalkan je la. Gaji besar pun, kalau stress, mengajar budak nanti ntah kemana, prestasi budak pulak merosot. Bace Alif Ye Mim, Bunyinye, “Buaye”
- hari ni hari yg terakhir..x abis2 lagi bayangkan 10 klas yg nak disi pbsnya….dpt daftarpun bulan Ogos …dah 3 bulan aku mengisinya…x siap2 bangun kol 2 ke pukul 3 ke spai ayam berkokok dok lembap cam tu jugak…..spai ke saat akhir dok mencuba juga…so tolong fikir2kan lah bila nak buat sistem tu…jgn bagi menyusahkan org lain ….
- Salam untuk semua murabbi di bumi Malaysia ini yang diuji dengan sistem yang penuh kesabaran ini. Banyakkan berdoa ya para guru…Insya-Allah doa-doa orang yang teraniya akan dimakbulkan ALLAH. Mengharapkan pihak yang berwajib mengambil tindakan yang sewajarnya serta adil untuk semua pihak…..
- Semua komen tentang SPPBS betul, benar dan realiti kepada guru-guru.Cadangan saya pakai macam SAPS saja mudah sikit.SPPBS sudahlah keyin markahnya lambat,evidensnya lagi difailkan,Bayangkan 100 murid punya fail.Buang masa betul.
- Selain pbs kerajaan harus tidak membebakan guru-guru dengan berbagai-bagai e-. Guru-guru seolah-olah mengambil alih semua tugas kerani di sekolah.ppd dan kementerian. Bagilah guru supaya fokus sahaja kepada p&p.
- seawal thn 2013 kami tlh dibambu oleh bos di khalayak dlm mesyuarat krn gagal keyin sppbs 2012. malangnyany tmbh2 lg sy yg memegang 10 klas kssr(banyak woO..tp kalo sistem laju xde hal). trase seperti hilang harga diri dek krn sppbs kami d hamun begitu seolah2 tugas lain yg tlh kami selesaikn dgn cemerlang dan mengharumkan nama sekolah seolah x bermakna. TMK la puncanya semua murid sy x mencapai band. akhirnya apabila sistem dbuka semula utk isi murid cicir 2012, dgn rs berdosa sy tlh tick sahaja tanpa mengajarpn TMK tu.. (TMK tu silibus tambahan DST. nk abiskn silibus DST pn tkejar2.. inikn nk masuk silibus TMK.. tu pn kalo ade kemudahan 1 komputer 1 murid) kalo xde tpaksa la tambah dosa krn memalsukn keputusan pentaksiran. kalo x buat cmtu, sy seolah2 bakal menempah maut krn murid tiada band.
- Bayangkan pukul 3 pagi masuk data ambil masa 4 minit seorang? Kalau waktu siang,jangan cakap la...Habis semua guru tak payah tido....1 Kelas 40 org pelajar,kalau 12 kelas?
- sistem ni bnyak masalah la. org ppd.jpn kpm tak fhm atau buat buat tak faham bayangkanlah satu satu minit atau satu satu masa 40 ribu guru online di seluruh negara. talian lebih sesak dari jalanraya.
- org dedulu xde pun mende2 ni..pandai jugak..skrg ni cikgu wat keja mcm apa ntah..mana nak ngajar..tanda buku lagi..aktiviti koko itu ini..wat fail..key in data..ngalahkan kerani yg sibuk bermusim..kdng2 kerani kat pejabat tu lagi goyang kaki drpd cikgu..smpi keja bwk balik umah la..yg dah berumahtangga lg teruk..nak jaga makan pakai anak laki bini lagi..patut la sekolah aku sj ada beberapa org cikgu yg ada masalah mental..org yg jadi cikgu taulah..klu xrasa tu maksudnya dtg sek xwat keja la tu
- Gara2 nak masukkan keputusan SPPBS,guru terpaksa bawa laptop ke dalam kelas.Kalau pengajaran berkualiti tidak dapat dilaksanakan kerana nak siapkan tugas yang diamanahkan janganlah kita disalahkan.Lebih membebankan lagi di sekolah SKM di mana network tak elok terpaksa berjaga sampai pukul 02 - 04:00 pagi;masih tak dapat2 lagi.Tambah lagi guru kena sit-in untuk rakan2 yang keluar berkursus KSSR,yang telah berpindah belum dihantar penggantinya,etc,etc.Masa pengisian online sangat pendek.Nasib2
- mengajar itu adalah keutamaan…. tp skrg dah terbalik dah mengajar dah jatuh no 2, yg penting bg budak jawab eviden pbs sampai selesai…. bayangkan eviden ada lebih 200 contohnya utk pendidikan moral. sedangkan hari persekolahan hanya 190… jd takkan setiap hari nak laksana pbs… masa bila nak fokus pnp….. belum masuk soal semak n key in lg… 200 kali 150 pelajar tak ke 30000 data kena key in… kalau key in terus masuk takpe… nie masuk satu loading sampai berjam2… xke gile punye keje
- It is so stupid to check all the boxes (thousands boxes!!!!) for different students from different classes with different criteria!!! Frustrated when finally finish checking but the system hang, geram betul!!!
- malah jiwa tertekan kerana sebagai seorang yang jujur kadang2 terpaksa menipu untuk melengkap kerja2 ini (maaf kepada mereka yang betul2 jujur dan telus). sudah 3 tahun lebih kssr telah dijalankan, tetapi setiap kali perbincangan berkaitan dengannya kenapa masih ada lagi persoalan2 yang x terjawab terutamanya tentang cara pembahagian markah. sepatutnya masalah ini sudah tidak timbul kalau ianya satu sistem yang mantap. - sekadar pandangan daripada insan yang sememangnya lemah dan x pandai.
- Mana lebih sahih???? Penilaian berdasarkan evidens atau peperiksaan yang betul. Tetapkan masa untuk menjawab & penilaian yang seragam. Cuba fikir dan renungkan...... Pelajar ni pandai kerana tahap ujian susah, pelajar sek sy pulak semua skor tinggi ... mcm mcm....
- Sistem ini membebankan guru.Bayangkan saya perlu masukkan 7 kelas 1 kelas purata 35 pelajar.nak menanda kertas pbs lagi,buku pelajar lagi.sistem ini juga tidak telus sebab bukan peperiksaan pelajar meniru kawannya,so ...lu fikirla sendiri
- Aku ngajar sekolah kampung, sian mak bapak bukan semua ade internet utk pantau result anak. Nak salahkn sape?
- Di Amerika Syarikat sistem ini dah dimansuhkan
-
- agak bias jugak sebenarnya...kalau cikgu pilih kasih mmg naya kat students la..
kalau mrsm/sbp lagi la kot...ada band yg telah ditetapkan..kalau students mmg x boleh dpt
nnt cikgu disalahkan...seboleh mungkin paksa cikgu bagi budak2 tu band yg baik walaupun
hakikatnya mmg dia x boleh dapat..
isu ni juga perlu difikirkan oleh KPM..objektif dah baik tp dari segi pelaksanaan masih banyak
yg perlu diperbaiki..
dan menjadi kekangan guru2 terlalu banyak evidens yang perlu diberi kepada pelajar di samping
tugasan lain..termasuk cuti dan kursus..menyebabkan kadang2 pbs yg sepatutnya dilakukan
setiap kali kelas (sepatutnya selepas cikgu habis mengajar setiap subtopik) tidak dapat dilakukan..
solution? cikgu bagi secara pukal...2-3 tajuk sekali...haha...mana tak pening budak2..pastu cikgu
ikut pening sekali sbb depa buat sambil lewa sbb byk sgt..
so mslh yg ni..mmg guru2 sndri kene pandai arrange masa supaya pbs boleh dijalankan dgn baik.
apapun...harap pihak kpm tidak memandang enteng setiap aduan yg dibuat n guru2 juga perlu
sedaya upaya buat yg terbaik...
- sppbs tu cuma sistem untuk klik eviden saja,bukan untuk chatting atau update gambar atau upload video,rasanya fungsi dia sikit saja,tapi kelembapan serta kesusahannya mengalahkan orang nak buat rumah banglo tiga tingkat
Okay sampai di sini saja komen copy paste dari saya...Wassalam...........
-
- agak bias jugak sebenarnya...kalau cikgu pilih kasih mmg naya kat students la..
kalau mrsm/sbp lagi la kot...ada band yg telah ditetapkan..kalau students mmg x boleh dpt
nnt cikgu disalahkan...seboleh mungkin paksa cikgu bagi budak2 tu band yg baik walaupun
hakikatnya mmg dia x boleh dapat..
isu ni juga perlu difikirkan oleh KPM..objektif dah baik tp dari segi pelaksanaan masih banyak
yg perlu diperbaiki..
dan menjadi kekangan guru2 terlalu banyak evidens yang perlu diberi kepada pelajar di samping
tugasan lain..termasuk cuti dan kursus..menyebabkan kadang2 pbs yg sepatutnya dilakukan
setiap kali kelas (sepatutnya selepas cikgu habis mengajar setiap subtopik) tidak dapat dilakukan..
solution? cikgu bagi secara pukal...2-3 tajuk sekali...haha...mana tak pening budak2..pastu cikgu
ikut pening sekali sbb depa buat sambil lewa sbb byk sgt..
so mslh yg ni..mmg guru2 sndri kene pandai arrange masa supaya pbs boleh dijalankan dgn baik.
apapun...harap pihak kpm tidak memandang enteng setiap aduan yg dibuat n guru2 juga perlu
sedaya upaya buat yg terbaik...
- sppbs tu cuma sistem untuk klik eviden saja,bukan untuk chatting atau update gambar atau upload video,rasanya fungsi dia sikit saja,tapi kelembapan serta kesusahannya mengalahkan orang nak buat rumah banglo tiga tingkat
Okay sampai di sini saja komen copy paste dari saya...Wassalam...........
- SUMBER
Tukar jer menteri baru 1 lg dasar baru...semua jenis tau cakap jer..facilities up to date ker idak deme mana nak ambik tau.yg paling rugi adalah org melayu sendiri.
ReplyDeleteakibat system hari ni 10 tahun lg kita akan nmpak pencapaian anak2 kita.kesian kat cikgu yg stress mengajar.mana nak ikhlasnya...cikgu kerjanya mengajar bukan buat kerja perkeranian..bodoh punya menteri yg buat dasar
ini memang kerja gila... pengetua sekolah pon sama je bebal paksa guru2 key in data secara online sedangkan sistem tu selalu ada gangguan. pengetua arahkan guru2 utk access online jam 2pg atau 3pg atau 4pg.. gila ker... dah lah tak bagi kemudahan komputer kpd guru2, semua kena beli sendiri... komputer sekolah bermasalah... 1/2 komputer guru2 kena berebut nk guna... memang bebal... kemudahan tak bagi infrastruktur teruk, tapi nak suruh guru2 buat kerja lebih. pengetua jenis menjilat ni memang problem... nak bodek PPD nak bodek jabatan konon2 boleh buat kerja utk naik pangkat... tapi macam hampeh... yg jadi mangsa guru2... nak komplen tak boleh sebab pengetua dh ugut guru2 dgn penilaian prestasi... memang kerja boddoh tollol...
ReplyDelete