HANGIT!!! (Cun Habis) Pelakon Dan Pengacara Terkenal, Fizo Omar Bakal Nikah Dengan Gadis Ini Tak Lama Lagi Dah.. Jom Terjah!!!


Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim nikah 8 Disember 2013 - Mungkin satu berita kurang baik buat peminat setia Fizo Omar yang bergelar wanita kerana pelakon itu bakal mengakhiri zaman bujangnya dua minggu dari sekarang.


Seperti diwar-warkan sebelum ini, gadis yang menjadi pilihan hati Fizo Omar, 28, ialah model pakaian muslimah, Mawar Abdul Karim, 23. Ketika ini, kedua-dua keluarga pasangan Fizo dan Mawar sedang sibuk membuat persiapan untuk majlis pernikahan mereka.

"Memang saya sangat sibuk membuat persiapan untuk hari perkahwinan yang bakal berlangsung sekitar dua minggu lagi. Saya harap semua pihak mendoakan agar semua persiapan ini akan berjalan dengan lancar."

Menurut Fizo, majlis pernikahannya bakal menjadi satu majlis yang cukup istimewa, meriah dan dipenuhi dengan kehadiran mereka yang terapat dalam kehidupannya.

"Bagaimanapun kami tetap akan mementingkan kesederhanaan sebagai teras kepada segala persiapan."



Sebelum ini admin telah berkongsi beberapa keping gambar bakal tunang Fizo Omar yang amat cantik dan menawan. Gadis jelita dikenali dengan nama panggilan Mawar didakwa forum-forum tempatan sebagai bakal tunangan kepada pelakon kacak itu tidak lama lagi.

Di bawah ini admin kongsikan sedikit biodata Mawar dan beberapa keping gambarnya sedang menggayakan variasi tudung-tudung FAREEDA. Memang bertuah sangatlah Fizo kerana berjaya memikat Mawar yang sebenarnya menjadi rebutan ramai jejaka di luar sana.

Nama Penuh : Mawar Abdul Karim
Umur : 24 Tahun
Asal : Pulau Pinang
Agama : Islam
Tempat Menetap : Kuala Lumpur
Kelulusan : -
Pekerjaan : Model dan Pengurus Pemasaran jenama Tudung FAREEDA






0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.