Terkini!!! Ketua Pemuda UMNO: Khairy Mohon Perwakilan Pilihnya, Pertandingan 5 Penjuru.. Jom Terjah!!

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengharapkan agar perwakilan parti berkenaan dapat memilih untuk mengekalkan beliau sebagai pemimpin muda sayap parti Melayu itu untuk sepenggal lagi ketika pemilihan nanti.
Khairy dalam kenyataannya berkata, pertandingan lima penjuru yang bakal dihadapinya juga selari dengan transformasi yang dilaungkan parti dominan dalam Barisan Nasional (BN) itu.
"Saya mengharapkan para perwakilan untuk terus memberi sokongan kepada saya selama sepenggal lagi bagi meneruskan beberapa misi saya dalam sayap yang belum terlaksana," katanya dalam kenyataan tersebut.
Proses pencalonan yang berakhir hari ini menyaksikan Khairy, yang juga ahli Parlimen Rembau dicabar empat lagi calon iaitu Ketua Pemuda Umno Cawangan Bukit Setiawangsa, Irwan Ambak dan Ketua Cawangan Umno Bendang Baru, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi.
Penolong Setiausaha Pemuda Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail dan bekas Ketua Pemuda Umno Bahagian Merbok, Abdul Karim Ali juga turut sah akan bertanding menentang Khairy.
Pencabar Khairy, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail, 37, hari ini melabel pemimpin yang tidak pernah "bersekolah" di Malaysia, tetapi ingin memperjuangkan komuniti Melayu adalah ibarat Bangla.
Beliau yang mengakui mempunyai kelebihan bersekolah di dalam negara menegaskan, hanya mereka yang membesar di dalam negara memahami perjuangan mempertahankan Melayu.
"Di kalangan pemimpin yang ada, mereka tidak bersekolah di Malaysia pun, dia ibarat macam bangla datang, umur 20 tahun datang Malaysia, nak cerita perjuangan Melayu, dia berjuang apa? Dia tak pernah bersekolah di Malaysia pun.
"Untuk memahami perjuangan bangsa, kita perlu secara asasnya mengalaminya sendiri," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang pencalonan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pagi tadi.
Mengambil serius cabaran dan tentangan yang bakal dihadapinya, Khairy menegaskan agar pertandingan merebut jawatan berkenaan dapat dilakukan dengan cara yang berhemah.
"Saya juga mengambil serius cabaran ini dan semoga kita semua dapat bertanding dalam suasana rukun serta harmoni," katanya dalam kenyataan tersebut.

3 comments:

  1. Syed ni pun bukanya Melayu tulin yang senang-senang mengaku tahu tentang perjuangan melayu...setakat sekolah kat Malaysia tak menjamin bahawa syed ni betul-betul faham tentang susah payah melayu. Syed -syed ni pun kadang-kadang cakapnya lebih melayu dari melayu! Nampak sangat 'propa'nya...kalau kahwin pandai pula cari sharifah....konon nak jaga keturunan arabnya.....dalam bab ni Melayu letak ke laut! Hu hu hu

    ReplyDelete
  2. Berbanding semua calon ketua pemuda...KJ lebih dekat di hati orang muda rakyat malaysia yg tak berpolitik ;) ..rugi UMNO kalau tolak KJ

    ReplyDelete
  3. Apalah !! Kalau Doctor nak merawat pesakit, Dr kena dapat sakit dulu ke ??
    KJ ( Knowledgeable Journey ) knowledge is power it will follow where ever you goes...) KJ the new youngest Prime Minister in making....Young & Bold not like RTM (Retired Tunggu Mati ) yang above 6+........

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.