HANGAT!! Jawatan Timbalan Presiden PAS : Apa Yang Dato' Paduka Husam Musa Nak Kini Terjawab? Jom Terjah!!

Datuk Husam Musa melahirkan rasa keberatannya untuk menyertai pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden PAS dalam Muktamar PAS ke 59 November ini.

"Saya rasa jawatan naib presiden yang saya pegang sekarang sudah cukup tinggi untuk saya," kata Husam dalam program Dialog Anak Muda di sebuah dewan dekat Bandar Baru Salak Tinggi malam tadi.

Husam (gambar) menjawab soalan yang dikemukakan oleh peserta dialog itu yang ingin tahu sikap beliau terhadap pencalonan yang beliau terima sekarang untuk bertanding timbalan presiden PAS.


Sehingga kini, sekurang-kurang empat kawasan PAS telah mencalonkan beliau untuk jawatan itu.

Kawasan-kawasan itu adalah Segamat (Johor), Shah Alam (Selangor), Lembah Pantai (Wilayah Persekutuan) dan yang terbaru Kota Bharu (Kelantan).


Husam menjelaskan, beliau telah mengatakan dengan jelas kenapa beliau bertanding untuk jawatan timbalan presiden pada Muktamar tahun 2009 lalu.

"Ketika itu saya dengan jelas menyatakan penyertaan saya adalah untuk menyatakan dengan tegas bantahan saya terhadap usaha perbincangan secara sulit yang dibuat oleh sesetengah pimpinan PAS untuk bekerjasama dengan Umno pada masa itu," kata Husam di majlis dialog itu.

Selepas pilihan raya umum 2008, sesetengah pemimpin PAS didakwa telah mengadakan perbincangan dengan pimpinan Umno secara sulit.

Ia kemudiannya diakui sendiri oleh Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Dalam pertandingan tiga penjuru antara beliau dengan Nasharudin Mat Isa dan Mohamad Sabu pada tahun 2009 itu, Husam tewas.

Nasharudin telah menang apabila undi beliau dan Mohamad berpecah.

Namun pada tahun 2011, Mohamad pula menang dengan mengalahkan Nasharudin dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sehingga kini, selain Husam, turut disebut-sebut bakal mendapat pencalonan untuk jawatan ini adalah Mohamad yang akan mempertahankan jawatannya dan Datuk Nik Mohamad Amar Nik Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan yang mendapat pencalonan dari Besut.

Turut dijangka mendapat pencalonan untuk jawatan ini adalah Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim.


Sehingga kini hanya nama Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dicalonkan untuk jawatan Presiden PAS.

Setiap kawasan PAS di seluruh negara berhak membuat pencalonan untuk semua jawatan tertinggi PAS.

PAS akan mengadakan Muktamar ke 59 pada 22 hingga 24 November ini di Shah Alam dimana pemilihan untuk semua jawatan tertinggi parti dilakukan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.