Gempar!!! RM2,000.00 Bakal Jadi Milik Anda.. Amat Mudah Dan Terbuka Untuk Semua... Jom Terjah!!!

KUALA LUMPUR: Parti Islam SeMalaysia (PAS) akan menganjurkan Muktamar ke59 selama 3 hari bermula 22 – 24 November, 2013 di Shah Alam, Selangor. Seperti biasa, muktamar kali ini akan dimulakan dengan Muktamar dewan-dewan satu atau dua hari lebih awal.

Bagi memeriahkan dan memasyarakatkan Muktamar ke59 akan datang ini, satu pertandingan cipta logo bagi Muktamar ke59 bermula hari ini, 11hb September selama dua (2) minggu sehingga 25hb. September, 2013, kata Dato' Takiyuddin Hassan, Penolong Setiausaha Agong PAS yang juga Pengarah Muktamar kali ini.
Selaras dengan slogan PAS for ALL, penyertaan dialu-alukan dari semua warganegara Malaysia dengan mendapatkan borang penyertaan dari laman sesawang rasmi PAS (http://www.pas.org.my) dan menghantarkan softcopy logo dan borang penyertaan tersebut kepada emel muktamar59@pas.org.my

Pihak Penganjur menyediakan hadiah wang tunai berjumlah RM 2,000 untuk pemenang logo terbaik dan 5 hadiah saguhati yang lain. Hadiah berkenaan dijangka akan disampaikan kepada pemenang pada hari perasmian muktamar.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi, Jabatan IT PAS Pusat yang bertindak sebagai secretariat kepada pertandingan atau emel terus kepada muktamar59@pas.org.my.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.