Terkini!! Kerajaan NegeriKu Juga Umum Bonus RM500 Sahaja, Dibayar Sebelum 8 Ogos: Ada Perbezaan Dengan Negeri PR.. Jom Terjah!!!


ALOR SETAR 4 Ogos - Kerajaan Kedah mengikuti langkah Kerajaan Pusat dalam pemberian bonus menjelang Hari Raya Aidilfitri selepas mengumumkan pemberian sebanyak RM500 seorang bagi kira-kira 7,000 penjawat awam negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir yang mengumumkan berita gembira itu berkata, bonus membabitkan jumlah sebanyak RM3.5 juta tersebut akan dibayar dalam masa terdekat iaitu sebelum Hari Raya Aidilfitri.
"Kerajaan negeri akur tentang langkah Kerajaan Pusat dan memutuskan memberi bonus RM500 ini kepada semua penjawat awam.

"Bonus ini akan dibayar dalam minggu ini juga iaitu sebelum Hari Raya," katanya kepada pemberita selepas meninjau Kompleks Pekan Rabu, di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, kata Mukhriz, kerajaan negeri akan membina semula Kompleks Pekan Rabu tersebut dengan pelbagai kemudahan lebih baik untuk peniaga dan pengunjung.

"Kita sudah mendapat peruntukan untuk tujuan itu dan dalam tempoh satu setengah tahun lagi Pekan Rabu akan berubah kerana bangunan lama akan diroboh dan dibina baharu," katanya.

**********

Terdahulu Kerajaan negeri Selangor menerusi Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengumumkan pembayaranbonus Hari Raya sebanyak sebulan gaji kepada kakitangan awam di negeri itu.
Kerajaan Negeri Selangor dilaporkan memperuntukkan RM30 juta dan seramai 21,776 kakitangan tetap, kontrak dan sambilan akan menerima pembayaran bonus berkenaan selewat-lewatnya pada hujung bulan ini.
****
Bagi kakitangan awam Pulau Pinang akan menerima bonus setengah bulan gaji dengan jumlah minimum RM600 sempena menyambut Hari Raya Puasa.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri membelanjakan RM3,734,908.81 untuk 3,841 penjawat awam di negeri berkenaan.

"Biasanya Kerajaan Negeri akan ikut (pemberian bonus RM500 sebagaimana diumumkan) Pusat.

****
Dengan kemampuan yang begitu terhad, kerajaan Kelantan dapat menunaikan tanggungjawab untuk memberikan bonus Aidilfitri tahun ini kepada kakitangannya dengan kos keseluruhan RM2.2 juta.

Sumbangan Aidilfitri di bawah Skim Bantuan Khas itu bakal diagihkan sebelum Aidilfitri ini bagi memberi keselesaan pada kitangannya untuk menyambut hari raya.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, berkata sumbangan itu juga selaras dengan kerajaan Pusat yang telah mengumumkan untuk memberikan bonus Aidilfitri pada kakitangannya

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.