HOT!! Kejutan Ambang Hari Raya: Respon Rita Rudaini Kontroversi Diceraikan Aidil Zafuan Melalui SMS.. JomTerjah!!!


 Pelakon terkenal, Rita Rudaini menerima kejutan terbesar di penghujung Ramadhan apabila Aidil Zafuan bertindak secara drastik menceraikannya talak satu menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) petang Ahad sebelum waktu berbuka puasa.

Kesahihan cerita ini disahkan sendiri oleh Rita Rudaini yang mengaku ada menerima kiriman SMS daripada Aidil Zafuan petang semalam selepas berlaku perang SMS antara mereka.

Pelakon drama bersiri Sehangat Asmara itu turut mendedahkan, salah satu kandungan SMS yang diterima dari suaminya adalah berbunyi “Aku ceraikan kau talak satu”.

Wartawan Berita Harian kemudiannya menghubungi Rita untuk mendapatkan responnya berkenaan tindakan mengejut pemain bolasepak kebangsaan itu. Berikut ialah antara respon ibu kepada Rayyan Rizqin dan Rafqa Arjuna.

“Selepas hampir dua tahun kes penceraian kami berdua berlangsung di mahkamah, akhirnya hari ini (semalam) Aidil menceraikan saya dengan talak satu menerusi SMS.” 

“Saya perlu terima keputusan ini dengan hati yang terbuka hanya beberapa jam sebelum masuk waktu berbuka. Kini segala galanya sudah jelas, Aidil akhirnya menceraikan saya.”

“Bagaimanapun, kehidupan perlu diteruskan dan saya perlu lebih tabah.” 

1 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.