SEGAMAT – Pelatih anjing, Maznah Mohd Yusof, 38, yang menimbulkan kontroversi dengan rakaman video sambutan Aidilfitri bersama anjing di laman sosial YouTube, dibebaskan dengan bon jaminan mahkamah di Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat.
Ketua Polis Daerah Segamat Supt Mohd Kamil Sukaimi berkata wanita itu dibebaskan pada pukul 2.20 petang selepas Mahkamah Majistret di sini memberikan bon jaminan pada tengah hari Jumaat.
Terdahulu, Maznah, yang juga dikenali sebagai Chetz Yusof, dibawa ke mahkamah pada kira-kira pukul 10.30 pagi sebelum dihantar ke IPD pada pukul 12.15 tengah hari untuk dibebaskan.
Mohd Kamil berkata Maznah akan dipanggil pada bila-bila masa ke mahkamah sekiranya diperlukan dan jika gagal hadir, dia perlu membayar denda RM10,000.
Maznah, yang diiringi peguamnnya G.Visvanathan Nair, ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, pada Rabu lepas dan dibawa ke Segamat di mana laporan polis pertama mengenai video bertajuk ‘1 Hari Di Hari Raya’ dibuat oleh seorang awam.
Rakaman tersebut telah menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini kerana menghina agama tersebut. – Bernama
0 comments:
Post a Comment