Hangat!!! SEMINAR PEMIKIRAN USTAZ FADZIL NOOR (Syiah, Lawan Ulama’, Pemberontak, Tunjuk Pandai ).. Jom Terjah!!



1. Alhamdulillah, Seminar Pemikiran UFN telah berjaya dilangsungkan pada 29 Jun 2013 yang lalu di Starcity Hotel, Alor Setar Kedah, seminar telah disertai oleh hampir 300 orang peserta dari seluruh Negara yang terdiri dari kalangan pimpinan PAS kawasan dan juga pimpinan dari parti sahabat seperti Dato’ Saifuddin Nasution dan YB Saiful Izham Ramli dari PKR. Seminar turut disertai oleh para mahasiswa dan pengkaji politik. 

Pendeknya, khalayak peserta seminar pelbagai, bermula dari pengkagum UFN seperti Hj Ramli Sg Baru sampailah pimpinan pusat yang hadir sebagai pembentang dan terus istiqamah sebagai peserta seminar menimba pelbagai mutiara ilmu yang diceduk dari pemikiran UFN. 






2. Seminar ini – sebelum dari berjaya dilangsungkan – telah cuba disebotaj oleh pihak yang dengki dengan khazanah ilmu al Marhum UFN, ia bermula dengan mereka “menciplak” poster dan bahan hebahan seminar dan mengubah maudhuknya menjadi “Seminar Perbandingan Pemikiran UFN dan TGHH” dan hanya diletakkan wajah pimpinan yang dianggap sebgai “pemberontak” dalam jamaah, mereka gagal – dan rupanya yang namanya iblis manusia ini sifatnya sama dengan iblis hakiki – mereka tak pernah kecewa untuk menggagalkan yang namanya kerja-kerja amar makruf, pada malam program sekali lagi, mereka hebahkan melalui FB dan SMS menyatakan program Seminar Pemikiran UFN dibatalkan, berita ini samapai kepada penganjur takala kami sibuk mengadakan persiapan akhir untuk seminar pada esok harinya – memang “dajal” para iblis manusia ini -. 




3. Tak cukup lagi dengan usaha itu, ada pula “suara-suara sumbang” dalam jamaah yang ber”suuzzan” dengan program ini, mereka tuduh “ini adalah agenda Syiah” (ini adalah tuduhan seorang pimpinan pemuda dari sebuah kawasan dalam negeri Kedah), “puak ni saja nak boikot Ulama’ dan nak perjatuh ulama” (dakwaan dari sekelompok yang dikenali, bahkan mereka menulis via Fb akan dakwaan mereka ini), “geng pemberontak (puak Kola) nak tunjuk pandai” (ini juga dakwaan yang disebarkan). 


4. Saya punya keyakinan “tak perlu jawab pun”, tapi kadang-kadang rasa kesian kat puak ni dan juga terhadap orang yang baca dan dengar dakwaan mereka kalau tidak respon terhadap dakwaan mereka, lalu saya ambil kesempatan ini untuk menjawab dakwaan “bodoh” mereka sebagai jawapan juga kepada ramai yang bertanya dan tertanya-tanya. 




a. Syiah
Siapakah Syiah? (untuk ulasan lain tentang syiah, saya akan menulis dengan tajuk “AKU, SYIAH dan PAS” ) dalam majlis tersebut? Yang dijemput sebagai pembentang semua adalah pimpinan PAS yang telah menyatakan “bara’” mereka terhadap syiah, adapun dalam bab mengambil “apa-apa contoh” dari IRAN samaada dahulu ataupun sekarang, apakah sebenarnya ia bertentangan dengan pembawaan PAS?, nyatakan secara terang “Siapa Syiah? Yang dikenali itu” supaya mudah kita berhiwar dalam dua wadi yang berbeza, kala mana anda menuduh “ni geng Syiah”, anda tak pernah jelas untuk menyatakan kesanggupan berhiwar dengan mereka, ketahuilah agama ini ditegakkan dengan hujah, bukan hanya berasaskan kepada zan dan sangkaan yang dibina hasil kesimpulan sembang-sembangan di kedai laksa, Hutan Kampung sahaja. Ya, mungkin ada yang cenderung kepada “pemikiran” syiah yang hadir dalam seminar tersebut, ini tidak menjejaskan objektif utama seminar untuk memasarkan pemikiran UFN dan juga tidak bertentangan dengan slogan “PAS untuk semua” yang dilaungkan oleh kita. Jangan main tuduh-tuduh dan takut untuk berdepan secara ilmiah dan berfakta dengan pihak yang dituduh. 




b. “Depa ni nak buang Ulama’” 
Untuk pengetahuan, pihak urusetia telah berusaha untuk menjemput ramai di kalangan tokoh ulama PAS, (memang TGHH kami tidak jemput kerana dihasratkan untuk dijemput dalam program lain), tetapi malangnya ada yang terus memandang nagetif terhadap jemputan dari “Kuala Kedah”, “Oooo . Kola Kedah?, nanti nak tengok macamana?”, sampai ke sudah tak jawab jemputan dari urusetia. Kami telah berhubung dan menghantar surat rasmi (sama seperti kepada tokoh-tokoh yang hadir) kepada beberapa orang ulama PAS, (hanya 2 orang yang menjawab – seorang berhalangan kerana dah ada program dan seorang lain menolak kerana yang menjemput adalah “Kola Kedah”). Bagaimana boleh dikatakan kami memboikot ulama sedang antara yang dijemput dan hadir adalah Al Fadhil Dato’ Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh (Setiausaha Majlis Syura, kertas kerja beliau langsung tidak kami edit atau melakukan pengkhianatan, bahkan masa diberikan seperti diberikan kepada panel yang lain) dan Ustaz Ahmad Yahaya (juga hadir dan kami berikan ruang yang seluasnya kepada beliau). Apakah Dr Mujahid yang berkelulusan PHd dalam siyasah sariyyah itu tidak boleh dianggap sebagai ulama?, berlaku adillah – wahai sahabat – ketika anda megkritik. 




c. “Niat tak baik, geng Kola nak tunjuk padai” 
Persoalan niat dan ketulusannya dalam perjuangan akan dinilai dan diberikan balasannya oleh Allah SWT, yang zahirnya – samaada dalam mesyuarat kawasan mahupun dalam perbincangan urusetia -, matlamat dari program ini adalah untuk membangkitkan semula “sohwah” dan kebangkitan PAS dengan menjadikan pemikiran UFN – yang diakui oleh jumhur jamaah PAS sebagai mempunyai nilai yang tinggi – dan juga sebagai rasa “terima kasih” dan “bangga” PAS Kuala Kedah kerana pernah dipimpin dan dibimbing oleh Al Marhum UFN. Ada pun kadar “keikhlasan” dan kalau-kalau ada “agenda tersembunyi”, itu bukan tugas anda untuk menilainya, ia adalah urusan Allah yang belum dan tak akan diswastakan kepada anda. 



Demikialah coretan ringkas, “tak jawab” takut-takut makin menjadi, menjawab pun hanya sekadar melayan beberapa persoalan yang berligar di kalangan kawan-kawan, terima kasih kawan-kawan!, tuduhan “bodoh” orang-orang yang pelik ini sedikit pun tidak melemahkan semangat kami untuk terus “mencari” apa-apa program yang boleh mengembalikan izzah PAS jamaah yang kami cintai. 



  


11.10 / 2.7.2013
 
Saat menanti detik ulang tahun ke 2 Ahmad Yasin As Syahid (Anak keempat) 
Derang Permai, Kedah Sejahtera.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.