Hangat!! Seminar Pemikiran Ustaz Fadzil Mohd Noor Di StarCity Hotel, Alor Setar.. Apa Kata Ketua Pengarang Harakah? Jom Terjah!!!


Semalam saya hadiri Seminar pemikiran Ustaz Fadzil Mohd Noor, di Alor Setar, anjuran PAS Kawasan Kuala Kedah. Agak ramai mengharapkan seminar seumpama itu dapat dilangsungkan bukan saja pada peringkat perhubungan negeri, malah di peringkat pusat. Ustaz Fadzil adalah antara putera terbaik PAS yang pernah dilahirkan dan merintis jalan ke arah memposisikan Parti Islam itu dalam arus perdana politik negara.

Mengenangnya, apatah lagi mengambil iktibar dan teladan daripada personaliti hebat ini tidak bermakna kita memperkecilkan tokoh-tokoh PAS yang masih mengemudi parti. Keberanian, kebijaksanaan dan pandangan jauhnya cukup mengkagumkan, terutama dalam hal Tahaluf Siyasi, wajar diwacana, seperti yang dibuat semalam. 



Memang ada isu-isu kontroversi, terutama yang dihubungkan dengan perkembangan semasa dalaman parti, yang dibangkitkan dalam seminar semalam dan menimbulkan polemik sihat di kalangan peserta, tetapi keseluruhannya, menelaah pemikiran dan merenungi perwatakan Ustaz Fadzil, insya-Allah mampu memberi banyak kebaikan kepada PAS, terutama di waktu kritikal dan genting ini. 

Tahniah PAS Kuala Kedah ...



SUMBER: FB AHMAD LUTFI OTHMAN


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.