Al Fatihah: Sasterawan Tan Sri Awang Had Salleh Meninggal Dunia Akan Dikebumikan Selepas Zohor..


Allahyarham Tan Sri Prof. Dr Awang Had Salleh

SUBANG JAYA – Tan Sri Awang Had Salleh meninggal dunia kira-kira jam 3 pagi tadi. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 79 tahun dan jenazahnya dijangka akan dikebumikan selepas solat Zohor di Putrajaya hari ini.
Allahyarham merupakan anak kelahiran Balik Pulau, Pulau Pinang menerima pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Pulau Betung iaitu sekolah rendah di tempat asalnya.
Pada 1949, beliau berjaya memperoleh keputusan peperiksaan Darjah 6 yang terbaik di seluruh negeri Kedah setelah pelajarannya tergendala akibat perang dunia ke-2 lalu menyertai Sekolah Melayu Seberang Perak.
Beliau kemudiannya menyambung pelajaran di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim seterusnya menerima Ijazah Sarjana Muda Sastera di Universiti Malaya pada tahun 1964.
Seorang yang berkecenderungan akademik, Awang kemudian memperoleh ijazah-ijazah yang lain sehingga ke peringkat ijazah kedoktoran dalam bidang Pendidikan dan Sosiologi daripada Stanford University, California pada tahun 1969 serta juga dalam bidang Pengajian Pengurusan Akademik dan Pembangunan daripada Lancaster University, United Kingdom.
Pada 1975, beliau dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya dan kemudian menjadi Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia lalu menjadi Naib Canselor pertama Universiti Utara Malaysia. Sejak 1996, beliau merupakan Pro-Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Beliau merupakan salah seorang tokoh pendidik dan sasterawan terbilang yang menjadi sumber inspirasi kepada warga ahli akademik tanah air.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.