Penyanyi Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron dinobatkan sebagai juara musim kedua program MasterChef Selebriti Malaysia selepas berjaya menentang saingannya iaitu pengacara Celina Khor.
Kemenangan itu melayakkannya menerima wang tunai bernilai RM 60,500 yang akan disumbangkan kepada badan kebajikan yang diwakilinya iaitu Breast Cancer Welfare Association of Federal Territory.
Hadiah disampaikan Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli di sini seiring dengan Majlis Tayangan Episod Kemuncak MasterChef Selebriti Malaysia yang turut dapat disaksikan menerusi saluran Astro Ria dan Astro Mustika HD pada malam Selasa.
“Alhamdulillah, saya tidak menyangka kemenangan ini kerana tidak menjangka yang dapat pergi sejauh ini.“Saya banyak belajar mengenai dunia masakan dalam pertandingan ini, ” katanya pada sidang media di sini.
MasterChef Selebriti Musim Kedua ini ditayangkan bermula 20 April setiap hari Sabtu hingga Selasa di saluran Astro Ria.
0 comments:
Post a Comment