Hangit!! YB Rafizi Desak SPR Dedah Syarikat Yang Bekal Dakwat Kekal.. Rupernye Ada Sesuatu Yang Dirahsiakan.. Jom Terjah!!


Pakatan Rakyat mengancam untuk mendedahkan nama syarikat yang membekalkan dakwat kekal kepada Suruhanjaya Pilihan Raya sekiranya suruhanjaya itu masih enggan berbuat demikian.

“Kita sudah siasat, kita tahu. Jangan tunggu terlalu lama atau kami akan dedahkan,” kata Rafizi Ramli (PKR-Pandan) yang mencelah sewaktu ucapan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau mendakwa siasatannya menunjukkan bahawa kontrak untuk membekalkan dakwat kekal tersebut dianugerahkan kepada satu syarikat Singapura.

Rafizi seterusnya mendakwa bahawa syarikat berkenaan tidak mempunyai pengalaman dan dana – malah terpaksa membuat pinjaman dengan seorang ahli perniagaan untuk mendapatkan modal RM7 juta bagi transaksi tersebut.

MP Pandan tersebut berkata demikian susulan celahan oleh Anthony Loke (DAP-Seremban) yang membangkitkan mengenai satu jawapan menteri bahawa suruhanjaya itu tidak boleh menamakan pembekal dakwat berkenaan atas sebab keselamatan.

3 comments:

  1. nak menipu pun jgnlah nampak sgt awk tu menipu wooooiiiii.....dah syarikat tu bg dakwat tak kekal...sedangkan...order dakwat kekal.....syarikat itu bersalahlah.....kene dedah dan dakwa syarikat tersebut....yg SPR sibuk nak sorok nama syarikat itu buat aper...sbb keselamtan konon......keselamatan siapa......keselamatan kroni2 UMNO/BN ker.....

    ReplyDelete
  2. http://thekl-chronicle.blogspot.com/2013/06/kenyataan-media-nfcorp-saman-pengarah.html

    NFCORP SAMAN RAFIZI.
    AT LAST, BRING HIM TO TASK.

    ReplyDelete
  3. Tidak dedah atas sebab Keselamatan...

    Atau takut terbongkar PENIPUAN...?

    Yg Pasti ia Dakwat yg tak kekal ,kan?

    Kita tak mau Alasan.....

    DEDAHKAN...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.