Penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan runtuh dalam satu kejadian kira-kira pukul 7.15 petang tadi. - Foto Bernama
MP Bayan Baru Sim Tze Tzin, yang kini berada di lokasi kejadian berkata bahagian jejambat sepanjang 30 meter di kawasan daratan di Batu Maung itu runtuh dalam kejadian tersebut.
Menurutnya, beliau menerima panggilan mengenai kejadian itu sekitar jam 7.15 malam tadi dan sampai ke tempat kejadian pada kira-kira jam 7.30 malam.
Sepasukan anggota bomba kini sedang membersihkan sisa runtuhan tersebut, katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Beliau belum mendapat angka rasmi namun pihak bomba mengesyaki terdapat sekurang-kurangnya sebuah kereta di bawah runtuhan tersebut, katanya.
"Ini adalah kemalangan yang paling buruk melibatkan binaan yang pernah berlaku di Pulau Pinang," kata Sim yang merupakan bekas jurutera awam.
Jambatan kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada September 2013.
-MalaysiaKini
**********************************
Laporan ASD
Dalam kunjungannya ke Pulau Pinang semasa kempen pilihanraya 13 sedang berlangsung Mei lalu, Presiden UMNO telah mengumumkan Jambatan Kedua Pulau Pinang yang berharga RM4.5 bilion yang boleh digunakan pada September depan ini adalah hadiah dari kerajaan Barisan Nasional buat rakyat Pulau Pinang..
Bagaimanapun penghujung struktur yang Najib umumkan sebagai hadiah buat rakyat Pulau Pinang ini telah runtuh sekitar jam 7.00 malam tadi..
BATU MAUNG: Sebahagian dari struktur jambatan kedua Pulau Pinang yang masih dalam pembinaan telah runtuh kira-kira jam 7 malam tadi.
Kejadian berlaku di kawasan darat di sekitar Batu Maung. Menurut Penolong Pesuruhjaya Jabatan Bomba dan Penyelamat, Mohamad Shoki Hamzah, sebatang konkrit seberat lebih 1,000 tan serta berukuran 30 meter telah jatuh terhempap ke tanah.
Akibat runtuhan, sekurang-kurangnya sebuah kereta iaitu Perodua Kelisa telah disahkan tertimbus, namun masih tidak diketahui samada terdapat mangsa yang terperangkap atau tidak.
Sebuah kren juga digunakan bagi mengangkat batang konkrit tersebut. Menurut Shoki, pihak bomba juga dikejarkan ke lokasi sebaik sahaja kejadian itu berlaku.
Difahamkan juga, kerja-kerja pembinaan juga dihentikan buat sementara namun pembinaan pada bahagian lainnya tidak terjejas.
Sehingga setakat ini, punca sebenar kejadian masih tidak dapat diketahui ~ Astro
Sementara itu menurut Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin, yang kini berada di lokasi kejadian berkata bahagian jambatan sepanjang 30 meter di kawasan daratan di Batu Maung itu runtuh dalam kejadian tersebut.
Menurutnya, beliau menerima panggilan mengenai kejadian itu sekitar jam 7.15 malam tadi dan sampai ke tempat kejadian pada kira-kira jam 7.30 malam.
Sepasukan anggota bomba kini sedang membersihkan sisa runtuhan tersebut, katanya.
Beliau belum mendapat angka rasmi namun pihak bomba mengesyaki terdapat sekurang-kurangnya sebuah kereta di bawah runtuhan tersebut, katanya.
"Ini adalah kemalangan yang paling buruk melibatkan binaan yang pernah berlaku di Pulau Pinang," kata Sim yang merupakan bekas jurutera awam.
-ASD
0 comments:
Post a Comment