Hangat!!! Pelakon Jelita Nora Danish Dedahkan Dia Dipaksa Kahwin Dengan Seorang Ustaz.. Jom Terjah!!!



MELAKA - Tentu ramai peminat pelakon jelita bersuara comel ini yang tidak sabar menantikan pengumumannya tentang siapakah jejaka yang akhirnya berjaya mencuri hatinya.

Namun dia hanya berselamba memberitahu, 'Suami Aku Ustaz' dan hanya akan menemui para peminatnya tahun depan.

Kejutan tersebut didedahkannya kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas pelancaran krim mandian ulung Fruitale FairWhite UV serta Pencarian Gadis Transformasi Bintang Fruitale di sini, semalam.


Rupanya itulah hasil buah tangan terbaru Nora Danish Mohd Hanif, pelakon yang berasal dari Terengganu ini yang disifatkan sebagai hadiah kepada para peminat yang setia menanti setiap perkembangan dirinya.

"Filem ini diadaptasi dari novel dengan judul serupa dan sekali lagi  menggandingkan saya dengan Adi Putra selepas filem ‘Aku Terima Nikahnya’ berjaya menambat hati peminat,” katanya.

Menurutnya, penggambaran untuk filem ini dijalankan sepenuhnya di beberapa lokasi di Melaka.

Filem 'Suami Aku Ustaz' mengisahkan mengenai seorang remaja berusia 17 tahun yang dipaksa berkahwin dengan seorang ustaz, lakonan Adi Putra.

Sambil melabelkan filem itu sebagai sebuah filem romantik komedi, Nora Danish berkata, cabaran paling besar adalah menghayati watak seorang remaja yang masih menuntut di tingkatan lima.

“Untuk benar-benar menghidupkan watak berkenaan, saya terpaksa berperangai dan bertingkah laku seperti seorang remaja.

“Selain menjadi remaja, watak ini juga seorang yang kasar. Ada adegan di mana saya perlu pandu bot sendirian di tengah laut, sesuatu yang tidak pernah saya terfikirkan,” katanya.

Walaupun telah selesai penggambaran untuk filem ‘Suami Aku Ustaz’, jadual Nora Danish masih ketat dengan penggambaran Teleraya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama RTM dan Astro.

Selain itu, katanya, dia akan turut menjalani penggambaran filem terbaru yang diterbitkan Metrowealth (MIG) sebagai watak utama.

Bagaimanapun, ketika mengimbau kembali pembabitannya dalam bidang lakonan, Nora Danish berkata, dia ingin ditawarkan peluang membawa watak yang lebih mencabar.

“Selama ini saya banyak membawa watak wanita malang yang sudah jatuh ditimpa tangga. Saya ingin membawa watak yang lebih mencabar,” katanya.

Mengenai pelantikannya sebagai duta produk Fruitale, Nora Danish berkata, dia berbesar hati dilamar sebagai duta produk berkenaan.

“Memandangkan saya sendiri menggunakan produk ini dan tahu keberkesanannya, saya tidak ragu-ragu untuk menjadi jurucakap produk,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.