Hangat!!! Benarkah Slogan BN Janji Ditepati, PM Haji Najib Turunkan HARGA 10 Model Kereta? Jom Terjah!!!


Sempena dengan cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri dan ketika warga kota berpusu-pusu meninggalkan kotaraya untuk balik kampong, PKR pada 15 Ogs 2012 menggunakan kesempatan itu dengan melancarkan kempen 'Turunkan Harga Kereta'. 

Pelancaran dilakukan di Ibu Pejabat PKR oleh Pengarah Komunikasinya, Nik Nazmi Nik Ahmad. Menurut Nik Nazmi, pelancaran itu bertujuan agar cadangan PKR menurunkan harga kereta melalui penghapusan cukai eksais secara berperingkat sampai ke seluruh pelosok negara. 


Bagaimanapun oleh kerana ianya dilancarkan oleh PKR bukannya UMNO maka ianya menjadi sasaran kritikan beberapa pemimpin UMNO dan juga macai-macai UMNO tanpa usul periksa.. 

Berkatalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada ketika itu, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop Negara akan mengalami keadaan ekonomi yang tidak stabil dan ramai yang menjadi muflis jika harga kereta serta duti eksais kenderaan diturunkan,. 

Kemudiannya disokong pula oleh Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata cadangan itu tidak rasional kerana dalam sekilas pandang kelihatan menarik, namun untuk jangka panjang akan memberi kesan negatif kepada ekonomi negara dan kehidupan rakyat. 

Duti eksais sekarang berada di tahap sekitar 65 hingga 105 peratus.

Bagaimanapun menjelang PRU13, Najib yang juga merupakan Presiden UMNO telah menciplak agenda tersebut dan meletakkannya dalam Manifesto Pilihanraya BN.. 

Bagi mengelakkan dari dituduh meniru agenda Pakatan Rakyat itu Barisan Nasional mengubah cara cukai diturunkan.. 

Dimana Barisan Nasional akan menurunkan 30 hingga 40 peratus duti eksais secara berperingkat terhadap pengeluar kereta yang menggunakan lebih banyak komponen tempatan menjelang PRU14.. 

Pakatan rakyat sebelum itu telah menawarkan untuk mengurangkan terus cukai eksais 20% setiap tahun dan 100% pada tahun terakhir mandat kerajaan menjelang Pilihanraya Umum ke 14. 

Setelah janji Barisan Nasional itu mula dipertikaikan oleh kebanyakkan rakyat.. Kerajaan akhirnya terpaksa mengumumkan pengurangan harga kereta di Malaysia untuk permulaan bagi pasca PRU13. 

Senarai Harga Kereta Turun 
1. Harga kereta Peugeot 308 turun (11 peratus) 
2. Harga kereta Volkswagen Golf turun (7.1%) 
3. Harga kereta Viva turun (5.4%) 
4. Harga kereta Myvi turun (4%) 
5. Harga kereta Persona turun (3.8%) 
6. Harga kereta Alza turun(3.4% 
7. Harga kereta Proton Preve turun (3%) 
8. Harga kereta Honda Jazz Hibrid turun (2.5%) 
9. Harga kereta Saga turun (1.1%) 
10. Harga kereta Exora turun (0.7%). 


Tapi buat sementara waktu ni.. aku kurang pasti adakah penurunan ini disebabkan oleh penurunan cukai eksais oleh kerajaan atau pengeluar sendiri yang menurunkan harga kereta itu untuk menjadikannya lebih berdaya saing tanpa melibatkan Kerajaan.. 

Tapi cuba korang fahamkan betul-betul ayat yang aku gariskan ini..
 

Utusan
 
Bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini, beberapa model kereta daripada jenama Peugeot, Proton, Perodua, Volkswagen dan Honda masing-masing telah menyaksikan penurunan harga untuk fasa pertama. 

Kereta-kereta itu telah turun harganya sebelum PRU13 atau selepas PRU13 sebagaimana manifesto BN?


Anak Sungai DERHAKA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.