Terkini!! Keadaan Terkini Bekas MB Kedah, DS Ustaz Azizan Abdul Razak.. Jom Doakan Moga Diberi Kesembuhan..



Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah Ustaz Azizan Abd Razak kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang disebabkan komplikasi diabetes. Keadaan beliau dilaporkan stabil. Pohon jasa baik anda semua untuk mendoakan kesihatan beliau agar dapat kembali menyumbang tenaga untuk perjuangan Islam.




Bekas Menteri Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak masih menerima rawatan di Unit Kardiologi Hospital Pulau Pinang.

Sekitar jam 5.30 pagi tadi, keadaan beliau agak tenat.

“Sekitar jam 5.30 pagi tadi keadaan ustaz agak tenat, sehingga sekarang ustaz sedang menerima rawatan di Wad CCU Hospital Pulau Pinang,” tulis bekas setiausaha akhbarnya, Mohd Helmi Khalid dalam sms kepada Harakahdaily pada jam 10.44 pagi ini.

Ustaz Azizan yang dimasukkan ke hospital itu petang semalam mengalami komplikasi hipertensi, diabetes dan ginjal.

Sama-sama kita doakan agar kesihatan beliau bertambah baik.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.