HOT!!! Babak2 Seterusnya Yang Dinanti2kan Rakyat Jelata Selepas 5 Mei, Datuk Saifudin Nasution Bagi Kejutan.. Jom Terjah!!



PRU13: 5 Mei undi, 6 Mei bentuk kerajaan, 7 Mei turun harga minyak


PULAU PINANG: Rakyat Malaysia bakal merasai penurunan harga minyak kenderaandalam masa lima hari lagi dari sekarang jika Pakatan Rakyat diberikan mandat memerintah Malaysia kata, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifudin Nasution Ismail.

"5 Mei kita mengundi, 6 Mei kita tubuh kerajaan baru, 7 Mei kita dapat harga minyak yang baru, insya Allah," kata Saifudin.

Masa sudah tiba ujarnya, untuk rakyat buat perubahan ke arah yang lebih bebas tidak terkongkong dengan bebanan kenaikan harga barangan selepas ini terutamanya harga petrolium yang makin meninggi.

"Pakatan Rakyat tak janji kosong. Dah tak sampai seminggu ia akan jadi kenyataan. Berilah sokongan padu untuk melihat segala-galanya," jelasnya yang juga calon Parlimen Kulim Bandar Baru, Kedah.

Tegas beliau lagi, selepas sahaja diistiharkan Pakatan Rakyat menang keesokan bakal Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengunjungi Istana Negara bertemu Yang Dipertuan Agung kemudian balik ke Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk berucap sebagai Perdana Menteri yang ke tujuh serta mengumumkan penurunan harga minyak serta merta.

Kepada sesiapa yang hendak menyaksikan sendiri peristiwa bersejarah itu di Kuala Lumpur, masih kena bayar tol seperti biasa bila ke Kuala Lumpur.

Selang beberapa hari selepas pembentukan kabinet kerajaan Pakatan Rakyat barulah apa yang dijanjikan termasuk tol lebuhraya, Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan sebagainya akan diumumkan.

"Selepas itu rakyat barulah merasai keamanan, kebebasan dan keharmonian hidup dalam sebuah negara yang merdeka," katanya.


Sambungannya DI SINI

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.