ALOR SETAR - Sejak kebelakangan ini, ramai yang berteka-teki dengan membuat ramalan mengenai siapakah calon yang akan kekal, digugurkan dan muka baru untuk membawa pembaharuan dan kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Namun, spekulasi berhubung perkara itu bertambah rumit selepas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan senarai calon berwibawa dan berdedikasi yang akan bertanding di beberapa kerusi Parlimen Kedah nanti.
Keputusan dan tindakan Anwar itu juga dikatakan menyebabkan BN Kedah terpaksa berbincang dan merombak semula senarai pencalonan yang dibuat sebelum ini, bagi memastikan calon-calon yang dipilih BN mampu menewaskan calon Pakatan Rakyat (PR).
Bagaimanapun, BN dijangka akan memperlihatkan keseimbangan antara calon baru dan lama dengan memberi tumpuan kepada calon boleh menang.
Sungguhpun begitu, terdapat juga khabar angin yang mengatakan kemungkinan besar penyandang Dun Bakar Bata, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah tidak tersenarai dalam calon yang akan bertanding pada PRU13.
Dakwaan itu sekali gus menimbulkan tanda tanya, kenapa beliau tidak dicalonkan semula dan siapa calon yang bakal bertanding di kerusi tersebut menentang calon PR.
Ramai yang menjadi ahli nujum sejak pembubaran Dun dan Parlimen, baru-baru ini, juga tidak dapat menemui jawapan itu, sebaliknya hanya menunggu keputusan pucuk pimpinan parti berkenaan untuk diumumkan.
Dalam pada itu, terdapat juga desas-desus mengatakan Ahmad Bashah mungkin bertanding di salah satu kerusi Parlimen di Kedah pada PRU13, sekiranya beliau tidak dicalonkan semula di Dun Bakar Bata atau mana-mana Dun di Kedah.
Terdapat juga khabar angin mengatakan beliau, yang juga Pengerusi BN Kedah akan mempertahankan kerusi Dun Bakar Bata pada PRU13.
Menurut sumber dalaman Umno, spekulasi yang tersebar luas ini hanyalah cerita kosong dan tidak benar sama sekali.
“Cerita itu sengaja dibuat. Kita tahu siapa yang menjaja cerita ini ke sana ke sini. Tapi, khabar angin itu tidak benar,” katanya, semalam.
Katanya, Ahmad Bashah juga akan cuba mempertahankan kerusi Dun Bakar Bata yang disandangnya pada PRU12 lalu daripada dirampas pihak lawan.
“Apa yang kita tahu, Ahmad Bashah sudah sah tanding semula di Dun Bakar Bata,” katanya.
Kenyataan itu bagaimanapun, menamatkan spekulasi yang timbul, sekali gus mengesahkan Ahmad Bashah akan dicalonkan semula di Dun Bakar Bata pada PRU13.
Terdahulu, Ahmad Bashah pada sidang media merasmikan pelancaran gelombang biru Wanita BN peringkat Parlimen Alor Setar, baru-baru ini, enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.
“Itu terpulang kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak. Kalau saya diberi kepercayaan, maka saya kekal lah di situ,” katanya.
hati.kering
ReplyDeleteMarch 2, 2013 at 11:25 AM | Permalink
SURAT DARIku syaitan laknatullah UNTUKmu yang aku sayangi tetapi aku tetap membenci kamu…Catatan : Jika kau benar-benar menyayangiku , kau tak akan mengirim suratku ini dengan sesiapa pun.
http://peceq.blogspot.com