KUALA LUMPUR 4 APRIL: Kerusi yang bakal ditandingi Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perak dijangka terjawab berikutan pengumuman senarai penuh calon KEADILAN di negeri itu berlangsung di Gerik 11 malam ini.
Pengumuman itu sempena Jelajah Merdeka Rakyat ke negeri itu yang dihadiri Ketua Umum. Perak mencatat sejarah menjadi negeri pertama membuat penyenaraian penuh calon, diikuti lain-lain negeri.
Pengumuman itu sempena Jelajah Merdeka Rakyat ke negeri itu yang dihadiri Ketua Umum. Perak mencatat sejarah menjadi negeri pertama membuat penyenaraian penuh calon, diikuti lain-lain negeri.
Pengerusi KEADILAN Perak, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, pengumuman kerusi mana yang akan menjadi pilihan Anwar masih belum dapat dipastikan.
“Kerusi mana pilihan Datuk Seri kita belum tahu lagi. Kita tunggu malam ini mungkin dia akan buat kejutan.
“Apapun, semua calon dan jentera pilihan raya negeri bersedia penuh untuk PRU 13,” katanya kepada Keadilan Daily.
Pada sidang media di Ipoh semalam, Muhammad Nur berkata, KEADILAN Perak akan menampilkan hampir 60 peratus muka baru di samping calon wanita bagi memperkukuh kemenangan di negeri itu.
Beliau berkata, status quo bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) KEADILAN Negeri masih dikekalkan seperti mana PRU 12 lalu iaitu 10 (Parlimen) dan 20 (DUN).
Bagaimanapun, katanya berlaku sedikit perubahan pada dua kerusi DUN masing-masing di Lintang dan Changkat Jering apabila Majlis Pimpinan Negeri menyatakan kesediaan untuk bertukar kerusi dengan PAS.
“Setakat ini, hanya satu kerusi sudah dimuktamadkan iaitu DUN Lintang dipindah ke Kenering (Pengkalan Hulu) sementara Changkat Jering masih dalam perbincangan akhir bersama PAS,” katanya, dipetik Sinar Harian.
Berdasarkan keputusan PRU lalu, KEADILAN menang di tiga kerusi iaitu Bagan Serai, Sungai Siput dan Gopeng. Tujuh lagi kuota Parlimen adalah Padang Rengas, Tambun, Tapah, Pasir Salak, Lumut, Bagan Datoh dan Tanjung Malim.
Bagi DUN pula, KEADILAN menang di tujuh kerusi iaitu Kuala Kurau, Kuala Sepetang, Changkat Jering, Simpang Pulai, Teja, Hutan Melintang dan Behrang.
Pada PRU kali ini, Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail disebut-sebut bakal bertanding di Parlimen Tambun. ~keadilandaily
0 comments:
Post a Comment