HOT!!! Kontroversi: Pelakon Wanita Ini Didakwa Hina Polis Dalam Filem Lakonannya.. Jom Terjah!!!



Filem lakonannya berjudul Kecoh! Hantu Raya Tok Chai pun belum ditayangkan lagi. Namun sewaktu sesi previu bersama media baru-baru ini, ramai yang terkejut dengan imej dan perwatakan anggota polis yang dibawakan oleh Intan Ladyana bersama tiga pelakon lain dalam filem itu.
Menerusi filem pertama arahan Opie Zami itu, Intan melakonkan watak Koperal Lisa yang sering mengharapkan bantuan polis lelaki dan suka mengenakan pelembap bibir setiap masa.
Hal itu sedikit sebanyak memperlihatkan kredibiliti pasukan polis yang tidak menjalankan tugas dengan berhemah sekali gus dilihat seolah-olah memperlekehkan badan beruniform terbabit.
Menjawab tuduhan yang diajukan media, Intan berkata dia hanya mempotreykan watak seorag polis wanita yang kelakar seperti mana yang dikehendaki oleh pengarah. Malah sewaktu penggambaran, beberapa orang anggota polis ditempatkan bersama sepanjang di set, demi mengawal tatacara pelakon.
"Saya melakonkan watak seorang anggota polis wanita pada landasan yang betul, kalau orang nak kutuk saya tidak kisah. Pengarah mahukan watak seorang polis wanita yang kelakar dan adakalanya nampak hilang arah kerana itu sebenarnya yang disukai oleh penonton.



"Lagipun, sepanjang penggambaran beberapa orang anggota polis turut sama berada di lokasi untuk menjaga dan mengawal tertib percakapan dan perlakuan apabila memakai uniform berkenaan," ujarnya.
Selain Intan, watak anggota polis berbeza pangkat turut dijayakan oleh tiga orang pelakon lelaki lain termasuk pelawak Sathiya.
Menerangkan lebih lanjut karakter polis yang diperlihatkan dalam filem yang bakal dutayangkan pada 18 April ini, pengarahnya, Opie Zami memberitahu dia mencorakkan watak-watak tersebut seperti drama kepolisan yang disiarkan di kaca televisyen sebelum ini.
"Anggota polis dalam filem ini sekadar watak saja, begitulah polis yang sering disiarkan di pawagam atau televisyen sebelum ini. Saya cuma potretkan semula menerusi filem saya ini," jelas Opie.

1 comments:

  1. kat dunia luar pun POLIS banyak yg buek ONAR sama ada lelaki atau pompuan , jadi apa masaalah nya ,, POLIS bukan nye MAKSUM hheheheheh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.