Berapi!!! (Gambar) Bekas Menteri Besar Serah Borang Keahlian PAS Kepada Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din.. Jom Terjah!!!



Maklumat terbaru yang diterima mendakwa bahawa seorang bekas menteri besar Selangor difahamkan sudah menyertai PAS sebentar tadi.

Khabar gembira ini disedari beberapa sumber yang berada di kediaman Timbalan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Haron Din di Seksyen 1, Bandar Bangi, Selangor jam 12.55 tengah hari tadi.



Difahamkan juga bekas menteri besar Selangor yang dimaksudkan itu ialah Muhammad Muhd Taib yang menyerahkan borang keahlian menyertai parti itu sendiri kepada Tuan Guru Haron.

Menurut beberapa saksi, Muhammad dikatakan sudah banyak bertaubat dari dosa-dosanya yang lalu dan sering berada di kuliah agama dan masjid sejak beberapa tahun lalu, namun pegawainya meminta agar perkara ini tidak dihebohkan.

Ini bagi menjaga nama Muhammad yang pernah terpalit dengan skandal lama termasuk isu wang tunai 19 kilogram ketika ditahan di Lapangan Terbang Sydney, Australia pada 1998.

Muhammad juga sudah lama berjinak-jinak dengan PAS tetapi mahu perkara itu tidak disensasikan juga kerana masih ramai kawannya dalam Umno sebelum ini.

Setakat ini, PAS belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kemasukan Muhammad tetapi dijangka satu sidang media mengumumkan perkara tersebut akan dibuat dalam masa terdekat.

Kelmarin, bekas ADUN Batang Kali, Zainal Abidin Sakom yang merupakan kenalan rapat Muhammad memberitahu bekas bosnya itu tidak akan menyertai PAS kerana dikatakan tetap setia dengan perjuangan Umno selain tidak mudah menggadaikan prinsip perjuangannya.

Dilahirkan pada 29 Julai 1945 di Kuala Kalumpang, Hulu Selangor, Muhammad juga merupakan bekas ADUN Batang Kali sebanyak empat kali iaitu pada 1982, 1986, 1990 dan 1995.

Muhammad menjadi menteri besar dari tahun 1986 hingga 1997 dan kemudian digantikan oleh Abu Hassan Omar.

Beliau juga merupakan bekas menteri kemajuan luar bandar dan wilayah selama setahun iaitu dari 18 Mac 2008 hingga 9 April 2009 setelah dilantik sebagai senator sebelum membuat keputusan untuk berundur kerana tempoh penggal tiga tahun tamat dan digantikan oleh Shafie Apdal.

Sebuah blog yang rapat dengan pimpinan PAS juga meramalkan Muhammad akan menyertai PAS awal pagi tadi namun pada masa itu belum disahkan.

Kita tunggu penerimaan ahli PAS khususnya dan Pakatan Rakyat amnya terhadap keputusan mengejut ini.

JALAN PULANG

2 comments:

  1. PAS harus sedar kemasukkan bekas bekas pemimpin UMNO ini adalah bertujuan untuk memperkukuhkan lagi kumpulan ahli PAS yang berfahaman dan memperjuangkan MELAYU ISLAM yang selama ini didokongi oleh Uztaz Haron DIn, Hassan Ali dll yang menggerakkan kerajaan perpaduan selepas PRU12 dulu...PAS dlm PRU 13 ini adalah PAS yang komited untuk bersatu dan berjuang di bawah panji kebenaran dan keadilan untuk semua....Ketahuilah kita bahawa perjuangan MELAYU ISLAM adalah assabiyyah dan ia berbeza jauh dengan perjuagan ISLAM PAS sebenar...Mereka mereka ini boleh masuk PAS tapi jangan di jadikan calon PRU 13..sebab nya senang je...kenapa nak masuk PAS semasa dah dekat sangat dengan pilihanraya ini?????..Pengaruh saja tak boleh dijadikan ukuran...dasar perjuangan nya bagaimana???

    ReplyDelete
  2. setuju..........sebagai ahli Pas, saya tidak anggap kemasukkan MT sebagai memberi kelebihan kepada parti. Anggap saja dia sudah bertaubat dan sedang memperbaiki diri sendiri. Saya kurang setuju jika Pas mengambil dia sebagai calon dan tidak nampak apa2 kelebihan. Pas ada jutaan ahli yg setia yg bertungkus-lumus bekerja secara Lillahitaala dan tidak pernah kekurangan calon untuk diketengahkan.........

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.