Bahaya Bagi PR!! Kenapa SPR Tentukan 5 Hari Untuk Pengundi Awal, Padahal Dakwat Kekal Tahan 3 Hari Sahaja.. Keberangkalian Mengundi Berganda.. Jom Terjah!!

[Image: 564575_346887145423328_1289925530_n.jpg]

Kuala Lumpur, 13 April 2013 - PAS meminta agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan bagaimana suruhanjaya itu akan menangani isu dakwat kekal kepada pengundi awal pada 30 April ini yang hanya bertahan tiga hari.

Sedangkan kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, pengundian biasa pula akan berlangsung pada 5 Mei iaitu lima hari selepas pengundian awal dan kebimbangan boleh mengundi lebih sekali wujud semula kerana dakwat kekal hanya mampu bertahan tiga hari.



"Kita hairan kenapa SPR boleh mengambil keputusan menetapkan tempoh masa pengundi awal dengan pengundi biasa selama lima hari, sedangkan mereka mengetahui dakwat yang digunakan itu hanya mampu bertahan selama tiga hari sahaja.


"Ini bermakna wujud ruang untuk memanipulasi dengan membenarkan pengundi awal mengundi sekali lagi pada hari tersebut kerana dakwat dijari mereka telah hilang," jelas beliau kepada Haraklahdaily.

Kerisauan itu katanya mula ditimbulkan banyak pihak dan SPR sewajarnya menetapkan tarikh pengundi awal tidak lebih tiga hari dari pengundian biasa bagi mengelakkan sebarang kemungkinan manipulasi berlaku.

"Walaupun kita mempunyai senarai nama pengundi awal tetapi dalam tempoh masa yang panjang dan sindiket pemberian kad pengenalan awam sebelum ini, mungkin konpirasi mengundi kali kedua akan berlaku.

"Mereka mempunyai kad pengenalan awam sudah pasti ini akan digunakan, kita tidak dapat menahan mereka kerana nama mereka terdapat dalam daftar pemilih biasa, apatah lagi kesan dakwat kekal juga telah hilang," sambung beliau lagi.

Mahfuz berharap SPR perlu lebih telus dalam menjalankan tugas mereka dan tidak terikat dengan permainan politik kotor pihak tertentu yang mahu mengekalkan pemerintahan mereka.

Dalam pada itu beliau turut meminta agar SPR dapat membuat pengiraan segera apabila selesainya pengundian awal.

Jelasnya lagi, tindakan tidak mahu membuat pengiraan segera dan menyimpan lebih lama peti undi tersebut membuatkan rakyat terus mencurigai ketelusan SPR mengendali pilihanraya.

3 comments:

  1. Saudara, adalah lebih mula untuk siasat terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan yang mendatangkan dosa kering. Saya ada penyokong PAS sejak dari muda dan kebetulan terlibat dalam kerja kerja SPR kerna bertugas di agensi kerajaan. Dakwat yang disediakan adalah 2 jenis iaitu bagi pengundian awal yang bertahan selama 10 hari dan pengundian biasa yang bertahan selama 5 hari. Saya syurkan agar ramai penyokong pembangkang ikut kerja sebagai petugas spr di pusat pengundian agar sistem SPR dapat di ketahui dengan lebih mendalam supaya maklumat yang di sampaikan tidak menjadi bahan lawak kepada orang yang faham tentang perjalanan pilihanraya. Untuk info, tidak semua petugas SPR menyokong BN spt contoh para guru sekolah agama yang majoriti berpihak kepada PAS tetapi di minta bertugas sebagai petugas pilihanraya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbnrnya mmg SPR telah mengambil petugas2 dari kalangan pembangkang. Petugas2 ini telah beberapa kali menyertai simulasi hari pengundian dan telah seharusnya fhm apa yg sbnrnya berlaku. Tp oleh kerana sikap taat membabi buta pd parti, mereka ini sanggup mendiamkan diri menyembunyikan fakta semata2 utk menyemai perasaan benci pd SPR dan kerajaan.

      Lihatlah dlm hal ni, Mahfus dgn sengaja menyembunyikan fakta sebenar utk diputarbelitkan. Mana mungkin Mahfuz tak tahu proses mengundi yg sebenar terutama tentang kewujudan perbezaan warna antara 2 jenis undi ini dan ketahanan dakwat yg digunakan. Yg penting bagi mereka adalah utk menang biarpun menang mereka dgn cara yg begitu keji.

      Mungkin ramai diantara kita masih tak tahu selain petugas2 dilantik dari berbagai latar belakang fahaman politik, SPR juga mewajibkan wakil2 calon utk berada di semua pusat mengundi, tak kira undi biasa mahupun undi awal.

      Delete
  2. Saya amat bersetuju dgn pandangan di atas oleh Ize9. Kita selalu buat andaian sendiri. Tak pernah libatkan diri sebagai petugas spr, akhirnya tuduhan kita tak berasas.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.