Berita Terkini Laporan Kematian di Kampung Sri Jaya Semporna Sabah | Dilaporkan seorang lagi anggota keselamatan negara terkorban, kali ini dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh di kampung Selamat, Semporna, Sabah iaitu kira-kira 150 kilometer dari Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, Lahad Datu malam tadi.
Menurut sumber polis, pertempuran yang berlaku pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan seorang anggota cedera. Difahamkan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Lahad Datu dan Tawau telah digegaskan ke sana bagi memberi bantuan.
Difahamkan penceroboh merancang menyerang Balai Polis Lahad Datu. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut kerana identiti kedua-dua anggota keselamatan itu belum dikenal pasti. - melvister.com -
Dua anggota polis ditembak dan cedera dalam insiden tembakan yang dilakukan oleh kumpulan bersenjata di Pulau Simunul pada pukul 7 petang Sabtu
Ketua Polis Sabah, Datuk Hamzah Taib berkata sepasukan anggota polis telah pergi ke pulau berkenaan untuk mencari beberapa individu ekoran laporan yang kumpulan berkenaan memiliki senjata api
“Anggota polis memasuki kampung itu dan sedang berjalan di atas papan titi gantung apabila mereka tiba-tiba ditembak dan menyebabkan dua daripada anggota kita cedera
“Buat masa ini, kami percaya insiden ini tidak ada kaitan dengan keadaan yang berlaku di Lahad Datu,” katanya,” kata Hamzah
Jelasnya, kejadian itu telah menyebabkan orang Semporna dan Tawau menjadi takut apabila kumpulan bersenjata itu menyerang pasukan keselamatan
Beliau turut menafikan mana-mana balai polis di daerah itu telah diserang oleh kumpulan bersenjata berkenaan.
Menurut Hamza setakat ini belum ada tangkapan dibuat berhubung kejadian tembakan itu dan polis masih menyiasat suspek yang bertanggungjawab -Bernama
Terkini media melaporkan dua anggota polis terbunuh dan dua cedera parah dalam insiden yang berlaku ini. - Sumber -
Update Terkini: 11.18 pagi
LAHAD DATU - Tiada Perintah Berkurung di Semporna
Pesuruhjaya Polis Sabah Dato' Hamza bin Taib, menafikan khabar angin mengenai perintah berkurung di Semporna. Orang ramai diminta tidak menyebarkan sebarang khabar angin melalui mana-mana plaform komunikasi termasuk media sosial, sms dan sebagainya. Perbuatan ini hanya akan mengeruhkan keadaan. - Sumber -
Update Terkini: 11.26 pagi
SEMPORNA: DUA ANGGOTA KESELAMATAN TERKORBAN DI SERANG HENDAP
KUALA LUMPUR, 3 Mac - Dua anggota pasukan keselamatan terkorban dalam serang hendap di Kampung Seri Jaya Siminul, Semporna, Sabah petang semalam, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.
Beliau berkata dua anggota pasukan keselamatan itu yang sedang membuat serbuan di perkampungan atas air itu telah ditembak oleh sekumpulan orang yang tidak dikenali pada pukul 6.30 petang semalam.
Beliau bagaimanapun tidak memberi maklumat terperinci mengenai identiti anggota keselamatan yang terbunuh itu semasa ditemubual secara langsung melalui panggilan telefon dengan stesen televisyen TV3 dalam program 'Malaysia Hari Ini' di sini pagi ini.
Hamza berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan sama ada kumpulan penyerang yang kurang daripada 10 orang itu mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu yang mendakwa sebagai tentera Kesultanan Sulu dari Filipina.
Menyentuh mengenai kumpulan penceroboh itu, Hamza berkata mereka terhad di Kampung Tandou, Lahad Datu dan telah dikepung oleh pasukan keselamatan negara.
Beliau juga menegaskan keselamatan di Lahad Datu dan di Sabah, adalah terkawal dan menasihati penduduk di negeri itu supaya tidak mendengar khabar angin dan mereka boleh menghubungi ketua polis daerah di negeri ini untuk mendapatkan pengesahan. - BERNAMA
Update Terkini : 1.30 Petang
Update Terkini : 1.30 Petang
LIMA POLIS TERKORBAN DALAM SERANG HENDAP DI SEMPORNA.
Seorang pegawai dan empat anggota polis terkorban dalam serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah semalam, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pada sidang akhbar di Lahad Datu hari ini.
Sementara dua dari kumpulan bersenjata turut terbunuh, katanya.- BERNAMA
Update Terkini: 3.22 petang
Update Terkini: 3.22 petang
LAHAD DATU - OPS SULU
Sidang Media oleh YDH Ketua Polis Negara 3 Mac 2013 (Ahad), menyatakan bahawa dalam OPS SULU ini terdapat 3 kejadian iaitu yang pertama kejadian di Kampung Tanduo, Lahad Datu di mana keadaan terkawal dan penceroboh berada dalam kepungan pihak keselamatan kita, PDRM dan ATM berkerjasama untuk menamatkan konflik ini. Setakat ini polis telah berjaya menangkap 3 penceroboh yang cuba melepaskan diri dari kepungan polis di Kampung Tanduo.
Kejadian kedua ialah yang berlaku di daerah Kunak di mana maklumat diterima terdapat satu pendaratan penceroboh di antara Kg. Lormalong dan Kg. Dasar Lama. Seramai 10 orang disyaki orang asing, 3 daripadanya bersenjata dan kini bersembunyi di sebuah rumah. VAT 69 telah dihantar untuk "ground assesment" dan bertindak.
Seterusnya kejadian ke 3 pula berlaku pada 2 Mac 2013 jam 1830hrs. Di mana sepasukan anggota polis telah diserang hendap oleh suspek dengan menggunakan senjatapi sewaktu mereka membuat serbuan di kampung Sri Jaya Simunul, Semporna. Serbuan tersebut telah dijalankan berikutan maklumat diterima dimana penjenayah ini dipercayai berada dikawasan tersebut dan mempunyai senjatapi.
Dalam serbuan itu, dipercayai 5 orang pegawai/anggota polis terkorban manakala dipihak penceroboh 2 orang terkorban. Berikutan insiden ini pihak polis juga telah mengepung kawasan sekitar di mana penceroboh ini bersembunyi. Butir-butir lengkap pegawai/anggota polis yang terkorban belum dapat didedahkan buat masa ini bagi menghormati keluarga mangsa.
Dalam serbuan itu, dipercayai 5 orang pegawai/anggota polis terkorban manakala dipihak penceroboh 2 orang terkorban. Berikutan insiden ini pihak polis juga telah mengepung kawasan sekitar di mana penceroboh ini bersembunyi. Butir-butir lengkap pegawai/anggota polis yang terkorban belum dapat didedahkan buat masa ini bagi menghormati keluarga mangsa.
YDH Ketua Polis Negara memberi nasihat kepada orang ramai supaya jangan merasa cemas dan panik serta jangan mendengar khabar angin dan berita yang tidak berasas. Jika merasa ragu-ragu orang ramai bolehlah menghubungi pihak polis di balai berdekatan atau melayari laman website facebook PDRM Sabah.
Setakat ini tidak ada perintah berkurung diistiharkan di mana-mana daerah di Negeri Sabah. - Sumber -
Update Terkini: 7.00 malam
Update Terkini: 7.00 malam
KEDUDUKAN ANGGOTA PASUKAN KESELAMATAN DIPERKUKUH DAN BERSEDIA
Lahad Datu, 3 Mac - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menegaskan bahawa keselamatan di Sabah terutama di tiga lokasi berlaku pencerobohan kumpulan bersenjata adalah terkawal.
"Saya juga telah memanggil Panglima Angkatan Tentera (Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin) untuk mengukuhkan kedudukan dengan mengambil kira apa yang berlaku di tiga lokasi itu.
"Mereka juga dalam keadaan bersedia untuk tindakan selanjutnya," katanya pada sidang akhbar di Residental Felda Sahabat kira-kira 130 kilometer dari sini.
Beliau merujuk kepada tiga situasi iaitu penahanan tiga anggota penceroboh yang cuba keluar dari kawasan kepungan pasukan keselamatan di Kampung Tanduo, lima anggota polis mati ditembak di Kampung Seri Jaya Simunul di Semporna dan laporan pencerobohan 10 lelaki di Kampung Lumalong dan Kampung Dasar Lama di Kunak.
Hadir sama pada sidang akhbar itu ialah Zulkifeli, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid dan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.
Ismail meminta orang ramai agar jangan mempercayai khabar angin dan berita yang tidak disahkan oleh polis tentang apa yang berlaku di negeri ini.
Beliau berkata orang ramai tidak perlu membuat andaian melainkan disahkan pihak berkuasa terutama jika berdasarkan laporan di media sosial dan komunikasi lain.
Ismail sekali lagi menegaskan bahawa sehingga hari ini polis tidak pernah mengeluarkan perintah berkurung kepada penduduk di negeri ini.
Beliau turut memberi jaminan keselamatan kepada pelancong yang ingin datang ke negeri ini untuk bercuti. Sementara itu, Zulkifeli dalam sidang akhbar sama berkata penduduk di negeri ini terutama masyarakat setempat di daerah ini tidak perlu bimbang kerana situasi adalah terkawal dan pihaknya berkerjasama rapat dengan polis dalam menangani situasi keselamatan.
"Saya dan Ketua Polis Negara telah merancang sesuatu dan kami boleh tangani situasi ini dengan kawalan keselamatan yang ketat," katanya.
Sehubungan itu, beliau meminta supaya penduduk di daerah ini, Semporna dan Kunak menjalani kehidupan seperti biasa.
Zulkifeli berkata bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap tahap keselamatan mereka, dua lagi batalion tambahan tentera dihantar hari ini dan ditempatkan di beberapa kawasan di kawasan pantai timur negeri ini.- BERNAMA
Update Terkini: 10.30 malam
Update Terkini: 10.30 malam
Terkini- Sidang Media YDH KPN mengesahkan Seorang Lagi Anggota Terkorban Dalam Serbuan Di Kg Sri Jaya Semporna Sabah utk menjadikan Semua 8 Anggota Keselamatan Terkorban, KPN turut Sahkan operasi Di Kg Sri Jaya Selesai dan Pihak Polis turut mengambil langkah berjaga-jaga untuk sebarang kemungkinan.
Untuk Rekod- 6 penceroboh Maut dan 7 berjaya Di tahan..
Update Terkini: 10.55 malam
Update Terkini: 10.55 malam
Penduduk Kg Senallang Lama, Semporna, Sabah memukul sehingga mati seorang penceroboh bersenjata M-16..
Update Terkini: 11.31 malam
1 mayat polis ditemui, 19 anggota berjaya dibawa keluar: KPN
LAHAD DATU: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis berjaya menyelesaikan kes serangan hendap terhadap anggotanya di Kampung Seri Simunul, Semporna kira-kira jam 7 petang, semalam.
"Pasukan kita berjaya membawa keluar 19 anggota yang berada di kawasan perkampungan itu dan menemui mayat seorang anggota polis menjadikan jumlah keseluruhan anggota kita yang terkorban kepada enam orang.
"Turut ditemui enam mayat yang belum dikenal pasti identitinya tetapi mungkin adalah musuh kita," katanya pada sidang media di sini, malam tadi.
Ismail berkata, pihaknya akan menghubungi keluarga anggota mangsa yang terkorban untuk memaklumkan perkara itu terlebih dulu sebelum mengumumkannya kepada pihak awam dan media.
"Saya mewakili Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengucapkan takziah kepada keluarga anggota yang terkorban," katanya.- Berita Harian Online
Update Terkini: 11.36 malam
Berita yang penulis baru dapat tentang nama-nama anggota polis yang terbunuh di Semporna iaitu sebanyak lima orang adalah seperti di bawah:
Update Terkini: 11.36 malam
Berita yang penulis baru dapat tentang nama-nama anggota polis yang terbunuh di Semporna iaitu sebanyak lima orang adalah seperti di bawah:
Senarai anggota polis yan terkorban Lokasi semporna. - Sumber -
1) Supt ibrahim - SB Bkt aman
2) Asp michael - KCKD semporna
3) Sjn baharin - SB
4) Sjn aziz - PGA semporna
5) Kpl salam - SB Tawau
6) L/kpl azrul -PGA semporna
#Al-Fatihah kepada semua prajurit-prajurit yang terkorban... Salam takziah dari penulis...
#Al-Fatihah kepada semua prajurit-prajurit yang terkorban... Salam takziah dari penulis...
Sementara itu...website² Filipina telah digodam oleh hacker Malaysia.. boleh dilihat di SINI...
0 comments:
Post a Comment