Assalamualaikum
W.B.T. dan salam sejahtera kepada semua ahli dan penyokong PAS khususnya dan PR
amnya.
Dewasa ini
kedengaran banyak sekali ulasandan kritikan ke atas YAB Azizan dan YB
Phaharolrazi samada di media internet mahupun di media karat (kedai kopi).
Semuanya ini ‘dibincangkan’ demi untuk memuaskan nafsu serakah kedua-dua pihak
masing-masing.
Setiap kali membaca
akhbar di internet mahupun berbual di ‘media karat’ semuanya hendak menegakkan
‘benang yang basah’. Puak ‘Jerai’ dengan hujah mereka manakala puak Pengkalan
Kundur pula tidak kurang sama iramanya, masing-masing berpaksikan ULAMAK
menyokong mereka.
Lihatlah luahan seorang anakmuda dalam youtube berkenaan hal ini...
Baru-baru ini
terbaca di blog kedahlanie, video Youtube (Isu PAS Kedah Terkini)
seorang Sheikh Muda di Sik. Lucu pun ada. Biasalah apabila ada ‘title’ ULAMAK
mesti tidak lari daripada menggunakan bait-bait Al-Quran lengkap dengan
TERJEMAHAN, bukan TAFSIR. Teringat seorang YB cina DAP di Perak suatu ketika
dulu yang hangat diperbincangkan.
Dengan mengatakan orang-orang di sekeliling
YAB Azizan ‘kurang baik’ adalah amat dangkal sekali. Mengatakan orang-orang
atas kurang mengaji juga menunjukkan betapa kita pun sama tapi mungkin tidak
serupa. Kamu, ya orang yang di dalam Video, hanya dengar sebelah pihak, mungkin.
Kejadian manusia, Allah Taala jadikan dua telinga dan di tengah-tengahnya
tempatkan satu organ yang dinamakan OTAK. Di situlah juga akal.
Puak yang ada
disekeliing Phaharolrazi atau glamournya di kalangan orang cina PAKULON juga
tidak kurang hebatnya. Puak inilah yang bermula dengan orang-orang yang
menganggotai MTD Pengkalan Kundur bercampur dengan Alur Mengkudu berperanan
meracuni pihak akar umbi. Terbahagilah kami kepada dua pihak, yang menyokong
YAB Azizan dan Pakulon.
Sepatutnya tidak berlaku dua puak, kerana kita semua
dididik setia pada PARTI. Tapi peranan puak-puak inilah menyebabkan berlakunya
puak-puak di dalam PAS Kawasan Pengkalan Kundur dan Jerai. Ahli ilmu (ulamak)
yang mencintai dunia, maka curigalah ia mengenai agamanya, kerana orang yang
mencintai sesuatu, ia akan menyibukkan dirinya dengan apa yang dicintainya.
Jadi yang anggap diri tu ULAMAK janganlah cenderong kepada satu pihak saja.
Menuduh puak
disekeliling Azizan dapat projek itu dan ini adalah ibarat meludah ke langit
akhirnya jatuh ke muka sendiri. Puak Pakulon pun sama saja. Apa kurangnya,
daripada lori tanah sebiji bertambah menjadi lima, ditambah pula dengan rumah
bangli berharga RM300 ribu lebih. Projek tanah kuari. Adik serta keluarganya
pun mendapat imbuhan. Daripada kayuh ‘GEREK’
terus memandu Mercedes (bukan mercedes batman).
Tak palah kita tutup bab
ini. Satu yang sedih, mengapa Zulyadi Rauf sanggup nak protes dan berpiket
sekiranya Pakulon tidak menjadi calon kawasan PK. Adakah itu ugutan. Adakah
Allah balas ‘cash’ kepada ahli PAS yang terlalu sangat menghina ahli UMNO satu
masa dulu. Dulu kita kata PAS tak pandang calon , pandang PARTI tak macam UMNO
yang pakat gila nak jadi calon.
Sekarang apa yang dah berlaku. Tanpa disedari
ianya berlaku kepada PAS dan ahlinya sendiri.Kepada yang dok meloncat macam
‘beqok makyeh’ ingat, lepas ni kami akan siarkan gambar segala kekayaan yang
ampa dapat daripada YB kesayangan ampa tu.... sekiranya tak insaf lagi. Kalau
nak kata ugut pun terpulanglah....dah tua-tua semuanya. Tak kenyang lagika.
Dulu pandai kata duit tak boleh bawa ke mati, buat apa puak UMNO dok pulun
sangat. La boleh kat ampa lagi teruk ampa sapu.
Untuk Azizan pulak,
puak Pakulon kata cengei. Perongoih dan yang sewaktu dengan maknanya. Memang
betoi. Dah jadi ‘PUBLIC FIGURE’ tu kenalah ubah sikit perangai tu, tak rugi
haih. Untung apa bila hijrah daripada buruk ke baik, itu yang dituntut dalam
Islam. Lupa la tu apa yang depa dok ajaq kami di bawah ni. Bab bagi kontrak
dekat puak UMNO, itu kena halusi betoi-betoi, Azizan MB kepada rakyat Kedah
bukan ahli PAS, jadi mana yang layak dapatlah tender tu, tak payahla tuduh dia
bagi kat UMNO. Ada yang pi minta projek kot belakang, bila tak bagi mengamok
la. Perangai orang MELAYU bukan ahli Parti.Jangan dok layan Najib Pak Ya. La
ni orang marah dekat Azizan dan puji Najib dah. Pelik sungguh perangai orang
MELAYU ni, baik dalam PAS tambah la lagi UMNO.
Satu pesanan kepada
semua ahli PAS di kawasan SG LIMAU dan PENGKALAN KUNDUR, Janganlah dibiarkan jiwa
kita yang taat kepada PARTI selama ini diNODAI oleh mereka yang berkepentingan
ini. Sekiranya ada orang yang cuba lagi hendak menceritakan keburukan,
kelemahan dan apa-apa pun yang memudaratkan kedua-dua pemimpin ini,
tinggalkanlah mereka yang membawa berita itu, sesungguhnya mereka itu SYAITAN
yang dikenali yang menyerupai manusia sahaja. Walaupun PENGLIPUR LARA itu
mengenakan serban atau jubah yang labuh.
NASIHAT SAYA, SEKIRANYA HAL INI MASIH LAGI BERPANJANGAN, SAYA
SYORKAN DENGAN RELA HATI KEDUA-DUA PEMIMPIN INI DEMI ISLAM DAN PAS, YAB USTAZ
AZIZAN DAN YB PHAHAROLRAZI BERUNDURLAH SECARA BERHEMAH. JANGAN KERANA KAMU
BERDUA ROSAK HABIS PR DI KEDAH INI. SEKIRANYA KAMU BERDUA SAYANG KEPADA PARTI
UNDURLAH. KAMU TAK RUGI KERANA DAH DUA PENGGAL DAH JADI YB. BEREBUTLAH UNTUK
MENGAMBIL TINDAKKAN SEPERTI SAIDINA HASSAN CUCU KESAYANGAN NABI SAW.
AHLI PAS yang
disayangi, sekiranya kita mengikut aliran DEMOKRASI yang menjadi kiblat politik
Malaysia, semestinya MAJORITI yang akan berkuasa. Itu dari konteks DEMOKRASI.
Fikir-fikirkanlah. Berapa kawasan yang suka dan berapa yang kurang kasih sayang
kepada YAB MB kita.....
Luahan Rasa
PEMERHATI AKAR UMBI
JAMAAH ISLAM PALING AULA
0 comments:
Post a Comment