Terkini!! Eddie Hamid Cipta Lagu 'Bo La Weiii' Untuk UMNO Rampas Kelantan..Jom Boikot !!!


Jadi korang nilaikan akan kebenaran kata-katanya itu dalam video di bawah ini..


Orang cakap melodinya sedap, tapi awas lagu ni bawak mesej politik Umno BN. Lagu ni di cipta untuk kempen pilihanraya Umno BN Kelantan. Tok Pa pun ada menyanyi sekali tu..
'Bukan Nak Perli'
Kuala Lumpur: “Saya tidak berniat mempersendakan sesiapa, tetapi lagu ini hanyalah menyeru orang Kelantan berubah ke arah kebaikan,” kata pencipta lagu dan penyanyi Eddie Hamid, 50, mengenai lagu nyanyian terbarunya, Bo La Wei.

Lagu itu dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sempena Himpunan Perdana Anak-Anak Kelantan di Bukit Jalil pada 17 Februari lalu dan disambut meriah 15,000 pengunjung yang hadir. Eddie berkata, dia gembira apabila lagu Bo La Wei yang bermaksud ‘cukup-cukuplah sudah’ itu menerima pujian dan menjadi pilihan ramai pendengar sejak ia dimuat naik di YouTube sejak minggu lalu.

Menurutnya, sehingga kini lagu ciptaannya bersama komposer Datuk Mohamad Supardi Md Noor itu menerima 15,870 capaian pengguna YouTube.

Bagaimanapun, dia mengaku turut menerima kritikan segelintir pihak serta dimaki beberapa individu yang menyifatkan lagu terbabit berunsur politik.

“Bagi saya, lagu itu tidak mempersendakan mana-mana parti politik, tetapi bertujuan menyeru orang muda terutama penduduk Kelantan membangunkan diri.

“Saya sudah menetap di ibu kota selama 28 tahun, jadi saya menyelami kemahuan dan perubahan yang mereka inginkan. Maka, lagu ini bertepatan dengan kehendak orang muda,” katanya yang menyifatkan lagu itu sebagai karya yang memberi kesedaran.~mymetro

Ini lirik lagu propaganda Umno BN..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.