KUALA LUMPUR 9 Mac - Polis akan memanggil bapa kepada Mohd Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim dalam masa terdekat untuk mengambil keterangan berhubung kenyataannya semalam.
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, langkah itu diambil bagi mengenalpasti sebab dan tujuan Azlan membuat keterangan sedemikian.
"Dalam kes itu, Azlan tidak pernah dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah, dan kalau adapun, keterangan yang dia bagi kepada pihak polis adalah keterangan yang tidak jelas.
"Jadi, keterangan itu tidak bernilai dan tidak boleh diguna pakai," katanya katanya kepada pemberita selepas melancarkan program 'Bersatu Memerangi Jenayah' di Kuchai Lama hari ini.
Semalam, bapa Saiful Bukhari tampil memberi keterangan bahawa kes liwat yang melibatkan anaknya dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu 'konspirasi politik jahat' untuk memburukkan Ketua Pembangkang itu.
Saiful yang membuat kenyataan balas pada hari yang sama secara tegas tidak berganjak dengan pendiriannya mengesyaki bapanya telah dipergunakan beberapa individu yang berkaitrapat dengan Anwar.

0 comments:
Post a Comment