Panas!! Isu Liwat II: Ruper2Nya Ada Pertemuan Rahsia Anwar Dan Ayah Saiful Bukhari, Kini Terbongkar..


Seperti yang dijangka, pengakuan yang dibuat oleh bapa Saiful Bukhari semalam bahawa anaknya Saiful dipergunakan oleh pihak tertentu terhadap isu fitnah liwat 2 menyebabkan beberapa blogger UMNO/BN kepanasan.
Mereka menafikan dakwaan bapa Saiful tersebut, malah menuduh bahawa Azlan Mohd Lazim telah ditawarkan wang tunai dengan syarat beliau perlu meminta maaf kepada Anwar Ibrahim terlebih dahulu kemudian akan diarak ke pentas pakatan rakyat bagi membuat kenyataan palsu berkenaan kes Liwat?.

Malah bagi menguatkan lagi dakwaan mereka, seperti biasa sekeping gambar disebarkan di internet sekeping memperlihatkan bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim bertemu dengan Anwar Ibrahim. Mereka turut mendakwa pertemuan itu dipercayai berlaku dalam tempoh dua bulan ini. Mereka turut menimbulkan soalah-soalan spekulasi seperti;

Mengapa Azlan bertemu Anwar secara senyap dan kemudian muncul pula dakwaan anaknya dipergunakan? 

Mohon jawapan dari tuan yang empunya badan. Benarkah ada urusaniaga sedang berlaku pada waktu itu? 

Jadi bagi menjawab isu gambar yang tersebar ini, perkara pertama selepas aku lihat gambar ini ialah aku gelak besar!!.


Sebab apa, kerana gambar ini aku dah lihat sejak isu fitnah liwat 2 ini mula timbul. Atau lebih tepat lagi sebenarnya gambar ini adalah 'captured' daripada sebuah rakaman video yang dimuat naik sendiri oleh Saiful Bukhari ke dalam akaun YouTube miliknya sendiri.

Menurut tajuk rakaman video ini (seperti yang ditulis sendiri oleh Saiful Bukhari) ialah 'Anwar dan Bapa 8/6//2008' dan telah diupload ke dalam akaun YouTube milik Saiful Bukhari pada 19 April 2009. (Lihat rakaman video tersebut di bawah sebelum dibuang oleh Saiful Bukhari)

Jadi bagaimana sebuah video yang diambil sekitar 2008 ini dikatakan adalah gambar pertemuan Anwar dan bapa Saiful sekitar dua bulan ini.

Semua orang tahu Saiful Bukhari merupakan pekerja di pejabat Anwar sebelum membuat tuduhan fitnah liwat 2 ke atas bosnya itu. Tidak menjadi suatu yang pelik jika bapa Saiful sendiri bergambar dengan Anwar Ibrahim sekitar 2008.

Jadi ucapan aku kepada blogger dan cybertrooper BN, cuba lagi dengan gambar lain bagi menguatkan tuduhan anda bahawa Anwar Ibrahim memang benar ada mengadakan pertemuan dengan bapa Saiful.

Oh ye, mungkin anda boleh cuba menggunakan pelakon yang sama dalam video lucah Anwar Ibrahim untuk bergambar bersama bapa Saiful.

Selamat berjaya!..



~pulak dah

1 comments:

  1. Agak menghairankan jugak bagaimana Saiful begitu cepat membuat kenyataan balas hanya berselang beberapa jam dengan dihadiri oleh puluhan wartawan media-media utama. Ia menampakkan seolah Saiful telah maklum lebih awal berkaitan pendedahan yang akan dilakukan oleh bapanya. Jika bapanya membaca skrip (teks) semasa membuat kenyataan akhbar, Saiful juga melakukan perkara yang sama. Adakah ini suatu perancangan yang telah disusun dan diatur oleh pihak2 tertentu? AWAS lah wahai para\ pimpinan PR! Janganlah terlalu gelojoh ingin meraih keuntungan politik daripada sesuatu isu. Majoriti rakyat telah melupakan kisah Liwat 2 dan Saiful ni bila mahkamah telah memutuskan bahawa DS Anwar tidak bersalah. Isu ini juga seolah-olah rantaian isu selepas isu pencerobohan SUlu di Lahad Datu yang ingin meneggelamkan isu-isu penyelewengan UMNO-BN yang tanpa penat didedahkan oleh para pimpinan PR selama ini. Atau juga ini adalah isu baru yang ingin menutup cerita (sandiwara tempang) pencerobohan Sulu di Lahad Datu yang mengundang semakin banyak isu sampingan yang mula diperkatakan serta dipersoalkan masyarakat umum dan antarabangsa?

    Janganlah nanti drama sandiwara Yeop Pasior di Perak yang sedikit sebanyak mempermainkan & memalukan DS Nizar akan berlaku sekali lagi. Bayangkanlah apa akan jadi kiranya Deepak, Bala dan bapa Saiful ni sekali lagi buat U-Turn dalam tempoh seminggu PRU13 diadakan? UMNO-BN ada media massa yang sampai ke seluruh rakyat hatta di ceruk kampung dan felda untuk 'spin' dan mempergunakan semahunya isu tersebut, sedangkan di pihak kita.. adakah kita mampu untuk menyerang balas lagi ketika itu? Sekadar fikirkan sebarang kemungkinan dan ber AWAS dengan strategi musuh.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.