Terdedah La Pulak: Punca Dr. Asri Bekas Mufti Perlis Tak Jadi Bertanding PRU 13 Tersebar.. Jom Terjah!!!



Tokoh agama terkenal, Dr Asri Zainul Abidin, yang diura-urakan bertanding atas tiket KEADILAN, kemungkinan besar tidak jadi dicalonkan oleh parti tersebut.
Sumber-sumber KEADILAN memberitahu, Dr Asri dianggap tidak serius untuk bertanding selepas pertemuan beliau dengan Perdana Menteri, Najib Altantuya dua minggu lepas.

Menurut sumber lagi, parti itu juga mahukan komitmen segera daripada bekas mufti Perlis itu kerana pembubaran Parlimen dijangka akan diumumkan penghujung bulan ini.

Difahamkan KEADILAN ingin melantik tokoh agama itu sebagai timbalan ketua menteri Pulau Pinang.

Dr Asri sendiri malam tadi mendedahkan dalam mesej di akaun Twitternya tentang pertemuan dengan perdana menteri.

Bagaimanapun butiran perbincangan di pertemuan kedua-duanya tidak dinyatakan dengan jelas sama ada berkaitan pencalonan dalam pilihan raya umum atau hal-hal lain.

"Dua minggu lepas, YAB PM jemput saya ke pejabat beliau sendirian. Saya beri pandangan-pandangan saya dan beliau dengar dengan teliti. Saya hargai sikap itu," kata Dr Asri dalam twitnya.

Surat-menyurat pertemuan

Menurut sumber KEADILAN lagi, parti itu tidak selesa dengan sikap Dr Asri yang berhubung dengan Najib Altantuya sewaktu rundingan kerusi dengan parti itu sedang berjalan.

Difahamkan surat-menyurat pertemuan Dr Asri dengan perdana pernah ditunjukkan kepada beberapa pemimpin KEADILAN.

Antaranya, surat pihak Najib Altantuya itu menyebutkan pertemuan itu diatur di pejabat perdana menteri pada petang 28 Februari lalu (Khamis) oleh seorang pegawai pemimpin tersebut.

Namun, Dr Asri sendiri mempunyai sejarah hubungan dengan beberapa tokoh politik BN dan Pakatan Rakyat sejak bertahun-tahun lalu lagi.

Muncul melalui kegiatan PAS era mahasiswanya, beliau dilantik mufti Perlis sewaktu Shahidan Kassim sebagai menteri besar sebelum Shahidan digugurkan selepas pilihanraya umum 2008.

Selain mengekalkan hubungan dengan tokoh Umno itu, Dr Asri juga dikatakan bertemu dengan pemimpin-pemimpin PAS dan DAP.

Kedua-dua parti Pakatan Rakyat ini berminat mencalonkan beliau.

Difahamkan, DAP berminat menyerahkan satu kerusi selamat di DUN di Pulau Pinang.


Sementara KEADILAN pula ingin meletakkan pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu di kerusi Penanti, bawah parlimen Permatang Pauh.

Dr Asri tolak jadi calon, kerusi TKM

Sementara itu, Dr Asri ketika dihubungi malam tadi enggan mengulas berhubung perkara itu.

Bagaimanapun, sumber-sumber yang dekat dengannya berkata, Dr Asri sendiri sebenarnya telah menolak tawaran KEADILAN itu, termasuk tawaran kerusi timbalan ketua menteri Pulau Pinang, yang ditawarkan sendiri oleh Anwar.

Difahamkan tindakan itu diambil kerana Dr Asri merasakan langkah itu "tidak sesuai" dan beliau masih boleh menyumbang sesuatu walaupun selepas pilihanraya dan tidak menjadi calon.

"Tunggulah era politik baru pasca-PRU13 nanti," kata sumber dalaman itu sambil menambah "Dr Asri akan ada dalam siri berikutnya".

Keputusan muktamad itu dibuat setelah berbulan-bulan KEADILAN memujuk Dr Asri, termasuk menghantar pemimpin-pemimpin tertinggi mereka bagi bertemunya.

Malah, menurut sumber juga, setakat minggu lepas, Dr Asri masih dihubungi oleh seorang naib presiden PKR yang memintanya menimbang bertanding atas tiket KEADILAN.

Selain Dr Asri, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Maszlee Malik juga antara dua tokoh ulama muda yang sedang direkrut menyertai Pakatan Rakyat dalam kempen menumbangkan BN dalam pilihanraya umum akan datang.

Berbeza dengan Dr Asri, kedua-dua mereka dikatakan masih belum membuat sebarang keputusan muktamad walaupun pilihanraya boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja dari sekarang. ~mkini

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.