LIVE!! Sambutan Ulang Tahun Ke-47 DAP Dari Johor Bharu.. Jom Saksikan..

SIARAN LANGSUNG!
Saksikan secara langsung!




Bertempat di padang letak kereta Sutera Mall, Skudai, Johor Bharu, acara gilang-gemilang sambutan ulang tahun penubuhan DAP ke-47 sedang berlangsung sejak jam 8 malam tadi.

Dianggarkan lebih 10,000 rakyat pelbagai kaum hadir dalam majlis yang diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu selain pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat termasuk dari DAP sendiri.


Pada permulaan majlis, hadirin bertafakur selama seminit bagi memperingati gugurnya pahlawan negara mempertahankan kedaulatan negara termasuk perwira kita yang gugur di Lahad Datu, Sabah.


Dijangka beberapa pengumuman penting bakal dibuat termasuk di mana Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang akan bertanding di negeri ini sekaligus melepaskan kerusi selamat di Ipoh Timur, Perak.

Ketika ketibaan Anwar yang diumumkan Mohamad Sabu yang sedang menyampaikan ucapannya, hadirin bersorak sangat kuat hingga kedengaran sejauh hampir satu kilometer dari majlis ini.

Setakat ini tiada laporan samseng upahan Umno membuat onar di sekitar majlis ini dengan kelihatan puluhan anggota keselamatan berada di pintu masuk bagi mengawal trafik.

Baru sebentar tadi, Anwar mengumumkan secara rasmi bahawa Kit Siang akan bertanding di parlimen Gelang Patah sekaligus menamatkan penguasaan KEADILAN yang bertanding dalam pilihanraya umum lalu.

Laporan lanjut bakal menyusul susulan daripada pengumuman Anwar ini.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.