Takziah... Bekas Ketua Pasukan Bola Sepak Selangor Kembali Ke Rahmatullah...

Arwah Ezmi Md. Jan ketika dikunjungi oleh rakan-rakannya di kediaman bekas pemain bola sepak Selangor itu di Batang Kali, Oktober lepas.

SELANGOR - Bekas pemain Selangor, Ezmi Md Jan yang menderita kanser hidung telah kembali ke rahmatullah jam 1.45 pagi tadi. Salam takziah kepada keluarga Allahyarham Ezmi Md Jan atas pemergiannya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah dan ditempatkan di kalangan hambaNya yang bertaqwa. Al-Fatihah

Arwah merupkan bekas ketua pasukan bola sepak Sukan Malaysia Selangor 1998. Beliau menjadi bek tengah Selangor 1989 hingga 1999 dan sempat mewakili Perlis pada 2000. Semasa hayatnya beliau terlantar di rumahnya di Kampung Sentosa, sejak menjalani pembedahan hidung di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya.

Beliau banyak memberi sumbangan kepada bola sepak Selangor antaranya menyumbangkan pingat emas Sukan Malaysia 1998 dan kejohanan remaja.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.