Berapi!! Mengapa PM Haji Najib "Berpakaian Orang Cina Mati' Untuk Streamer Ucapan Tahun Baru Cina, Salah Siapa? Jom Terjah!!



Menurut beberapa komen daripada Facebook apabila melihat gambar di atas, telah memaklumkan bahawa pakaian Najib ini adalah untuk si mati bagi kaum Cina.

Malah salah satu daripada komen tersebut turut memberi pautan sebuah laman web www.yingruixiang.com, sebuah syarikat di China yang pakar dalam menyediakan pakaian dan kelengkapan untuk upacara kematian China.

Laman web tersebut menyediakan pelbagai kelengkapan kematian seperti pakaian si mati untuk lelaki dan wanita, topi untuk si mati, kasut, keranda, pasu abu mayat dan pelbagai kelengkapan lagi.



Antara gambar pakaian-pakaian untuk si mati lelaki yang di tunjukkan, adalah gambar pakaian seperti di bawah.


Jika benar pakaian yang dipakai oleh Perdana Menteri kita sempena ucapan Selamat Tahun Baru Cina ini adalah pakaian khas untuk si mati, maka pasti penasihat kepada Perdana Menteri tidak melakukan kerja.

Ini seolah-olah sengaja untuk memalukan imej Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib perlu berterima kasih kepada Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) yang telah bertindak menurunkan banner-banner ini.

Walaupun ia atas alasan ia tidak mendapat permit, namun sekurang-kurangnya banner Najib ini tidak menjadi bahan lelucon bagi masyarakat Cina.

Bagaimanapun jika pakaian ini adalah pakaian umum bangsa Cina, dan bukanlah pakaian untuk si mati, maka penasihat beliau juga perlu untuk memberi makluman ini kepada Perdana Menteri supaya beliau dapat membuat sama ada untuk memakai pakaian ini atau memakai pakaian lain yang lebih sesuai ~ Sumber info dari ( SINI )

Hmmmm... patutlah MPSP dan MPPP kelam kabut saja menurunkan banner tu sedangkan selama ini biarpun tak ada permit banner yang ada gambar Najib jarang diganggu mereka...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.