Wajah Terbaru Bekas Pemain Bola Sepak Kedah, Ahmad Fauzi Aka PakLong Selepas Terlibat Kemalangan.. Jom Doakan Moga Cepat Sembuh..


POKOK SENA - Pemain Felda United, Ahmad Fauzi Saari yang patah tangan kanan dalam kemalangan di Kilometer 407.5, Lebuh Raya Utara-Selatan arah Ipoh, dekat Tanjung Malim awal pagi semalam dijangka berehat untuk tempoh yang agak panjang sebelum beraksi semula.

Ahmad Fauzi berkata, dia akan berehat di rumah keluarganya di Kulim sepanjang tempoh pemulihan.

"Saya belum jumpa doktor untuk rawatan sebab nak hadiri pengkebumian sahabat saya.

"Lepas urusan ini selesai baru saya akan ke hospital dan boleh tahu sehingga bila kecederaan saya dijangka pulih," katanya ketika ditemui Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Lala di sini semalam.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 1.40 pagi, kereta jenis BMW dinaiki Fauzi dipercayai terbabas di selekoh sebelum merempuh penghadang lebuh raya sebelum terbakar.

Rakannya, Muhammad Khairul Adnan Zakaria, 26, yang memandu kereta meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.

Menurut Ahmad Fauzi, ketika kejadian dia dah sahabatnya dalam perjalanan pulang ke Kedah.

"Kami tidak mengantuk cuma jalan di kawasan tersebut berlubang-lubang dan sedikit basah. Arwah nak elak jalan berlubang dan bila sampai dekat selekoh kami terbabas lalu merempuh penghadang lebuh raya," jelasnya.

Ahmad Fauzi berkata, dia sedar tangan kanannya patah dan keluar daripada kenderaan untuk meminta tolong.

"Rakan saya masih dalam kereta dan dia cedera parah di kepala. Ada pasangan suami isteri nampak saya dan mereka membantu mengeluarkan rakan saya sebelum kereta terbakar," katanya.

Dalam pada itu, ibu Muhammad Khairul Adnan, Rosni Ahmad, 54, berkata, dia reda dengan kematian anak lelakinya itu.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan anak saya yang banyak bantu kami," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.