Budak Hilang!! Ibu bapa Sahkan Mayat Ditemui Adalah William Yau Zhen Zhong..



PETALING JAYA — Ibu bapa kepada William Yau Zhen Zhong, 6, mengenal pasti mayat kanak-kanak yang dijumpai di Pelabuhan Klang petang semalam adalah anak mereka yang dilapor hilang 16 Januari lepas.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli berkata, mayat kanak-kanak itu dikenal pasti berdasarkan pengecaman oleh pasangan itu yang menemui dua parut di belakang kepala dan satu di dahi kanak-kanak berkenaan yang mempunyai persamaan dengan William.
"Ibu bapa William turut mengesahkan seluar pendek dan seluar dalam mayat kanak-kanak itu kepunyaan anak mereka.
"Dan berdasarkan siasatan awal, polis mendapati mayat kanak-kanak yang dijumpai pada 6.30 petang semalam 75 peratus mirip William,” kata Yahaya kepada pemberita di sini hari ini.

Ibu bapa William dilihat keluar selepas membuat pengecaman di unit forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.
Yahaya berkata, laporan bedah siasat yang dijalankan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang hari ini mendapati kanak-kanak yang dijumpai itu telah meninggal dunia kira-kira seminggu lepas, namun punca sebenar kematian belum dikenal pasti kerana keadaan mayat yang reput dan banyak organ dalaman yang rosak.
Beliau berkata, pengesahan sama ada mayat kanak-kanak yang dijumpai itu adalah William akan diketahui selepas keputusan ujian DNA dikeluarkan dalam tempoh 72 jam. 
— BERNAMA

1 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.