Terkini!! (Video & Gambar2) LIVE: Himpunan Kebangkitan Rakyat Dari Senawang Negeri 9.. Jom Terjah!!!





Seperti yang dijanjikan, himpunan Kebangkitan Rakyat yang bermula sebentar lagi dari Senawang, Negeri Sembilan akan dibawakan secara langsung oleh pasukan unit IT Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) terus dari tapak ceramah.

Program yang bermula jam 4 petang ini akan membariskan kesemua himpunan yang menuntut kerajaan Barisan Nasional (BN) memenuhi tuntutan mereka.




Empat tuntutan tersebut adalah royalti minyak untuk Kelantan yang akan memakai baju T berwarna merah, penyokong baju T berwarna oren akan menuntut perjuangan peneroka Felda dan pemansuhan Felda Global Ventures Holdings (FGVH), baju T berwarna hijau untuk menuntut loji kilang nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan ditutup dan baju T berwarna kuning untuk penyokong BERSIH yang menuntut Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) membersihkan daftar pemilih sebelum pilihanraya umum akan datang.
Sesi solat dan tazkirah Maghrib yang akan disampaikan oleh Anwar akan diadakan di Surau Al Mustofa (Surau Hitam), Ampangan, Seremban.
Manakala bermula jam 840 malam ini akan bermula pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat dengan saf pemidato ialah Anwar, Presiden PAS, Tuan Guru Hadi Awang, Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan pimpinan Pakatan Rakyat.

Terkini, konvoi himpunan sedang melepasi plaza tol Senawang dan bergerak ke tempat himpunan sambil membawa bendera Pakatan Rakyat diiringi puluhan motosikal berkuasa tinggi sebagai pasukan keselamatan.
Untuk mengikut siaran langsung ini sila klik di pautan video siaran langsung di bawah.






Atau ikuti siaran langsung ini dengan menekan pautan kedua.





Selamat menonton.

JALAN PULANG

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.