Hot!! Gambar2 Langsung Dari Hotel Flamingo: Dengan Seklai Lafaz Farid Kamil & Diana Danielle Sah Suami Isteri..Jom Terjah!!




Dengan sekali lafaz, pelakon popular Diana Danielle Danny Beeson (21) bersama pasangannya, Farid Kamil bin Dato’ Dr. Zahari (31) sah menjadi pasangan suami isteri dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Hotel Flamingo By The Lake Ampang tepat jam 9.15 pagi tadi. Pasangan ini telah diijabkabulkan oleh Ybhg. Uztaz Haji Daim Bin Jajuli (Pegawai Tadbir Agama/ Pendaftar Kanan Daerah Gombak) dengan mas kahwin berjumlah RM 10,000.
#15 Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Diana Danielle & Farid Kamil - ROTIKAYA
Menerusi majlis yang penuh bermakna ini, Diana Daniella tampak sangat anggun mengenakan busana tradisional moden berona putih dan pink rekaan Wanpa manakala Farid Kamil kelihatan sungguh segak tatkala mengenakan sut lengkap rona putih rekaan Andy.
#07 Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Diana Danielle & Farid Kamil - ROTIKAYA
Tujuh dulang hantaran daripada pihak perempuan ialah set perfum Hugo Boss, cincin dan wallet, majalah Polo, Diana’s Mini Bike, sirih junjung, manisan dan foto album. Manakala pihak lelaki membalas lima dulang hantaran berupa helmet dan motorsikal, cincin Tiffany & Co, sirih junjung, buku akaun pelaburan Maybank Gold, serta set telekung dan sejadah.
Majlis telah dihadiri kira-kira 300 jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga kedua-dua pasangan pengantin serta wakil dari pihak media. Turut hadir sama adalah penerbit MIG Production iaitu David Teo.


#14 Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Diana Danielle & Farid Kamil - ROTIKAYA
Majlis resepsi belah perempuan akan berlangsung pada 30 November ini manakala untuk lelaki pula akan berlangsung pada 12 Disember 2012.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.