Spekulasi Terjawab! Kumpulan Penduduk Kg. Mohd Noor, Parit Sulong, Batu Pahat Ugut Keluar Parti UMNO.. Jom Terjah!!



Semalam, heboh disiarkan tentang sekumpulan penduduk yang menyokong Umno mengugut untuk keluar dari parti itu tetapi masih menjadi persoalan mengapa mereka sanggup bertindak demikian.

Hari ini, segala spekulasi tersebut terjawab!

Penduduk Kampung Mohd Noor, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor, mengancam akan berbuat demikian berikutan parti yang kunun memperjuangkan nasib orang Melayu itu langsung tidak mempeduli keselamatan mereka.

Mengesahkan perkara itu, Naib Ketua KEADILAN Cabang Parit Sulong, Zaihan Zainal, berkata penduduk kecewa dan marah berikutan Majlis Daerah Batu Pahat (MDBP) tidak mempeduli bantahan mereka berkaitan kedudukan lokasi pembuangan sampah.
"Sudah dua kali bertemu dengan MDBP dan pimpinan Umno tapi rayuan ditolak sedangkan lokasinya terletak berhampiran tempat tinggal mereka.
"Kalau ikutkan, tempat pembuangan sampah itu di atas bukit, tapi di lereng dan sekitarnya ada penempatan penduduk," katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.
Zaihan berkata, kain rentang yang dipasang di satu persimpangan jalan sejak seminggu lalu dan tersebar di internet, menunjukkan mereka tidak akan berdiam diri dalam isu berkenaan.
Beliau percaya bila-bila masa sahaja penduduk kampung itu, akan keluar Umno.
"Ia bakal memberi tamparan hebat kepada Umno kerana kawasan itu  kubu kuat mereka. Setakat yang saya tahu, lebih kurang 30 peratus penduduk kampung itu sudahpun menyokong Pakatan," katanya.
Parlimen Batu Pahat diwakili Puad Zakarshi yang merupakan timbalan menteri pelajaran manakala parlimen Parit Sulong disandang bekas ketua puteri Umno, Noraini Ahmad.

3 comments:

  1. Kalau setakat ugut nak keluar UMNO maka boleh blah la! Orang muda dan ramai rakyat yang sedar dah berhijrah ke PR bukan setakat ugut je!

    ReplyDelete
  2. Budaya ugut2 nak keluar parti memang strategi puak2 UMNO. Bila dah dapat masuk semula UMNO. PR jangan terpedaya...

    ReplyDelete
  3. Kluar...kluar....kluarr.....kalo tk kluar brmakna anda masih dlm ketekutan krn b end sentiasa akan menakut2kan rakyat demi kepentingan TEMPOLOK kroni mereka....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.