Ini perkembangan terbaru yang diterima!
Berita yang pastinya membuatkan seluruh pengamat politik tempatan dan antarabangsa kini terarah kepada pengumuman yang dibuat hari ini!
Bagaimanapun ia bukannya berlaku di Malaysia, tetapi nun jauh di negeri matahari terbit yang merupakan gergasi ekonomi kedua terbesar dunia, Jepun!
Perdana Menterinya, Yoshihiko Noda (gambar) mengumumkan sudah memutuskan untuk membubarkan Parlimen yang selewat-lewatnya Jumaat ini bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum yang dijangka bulan depan.
Laporan media tempatan, Nikkei dan Asahi Shimbun berkata, Noda akan memanggil pilihan raya seawal-awalnya 16 Disembar atau selewat-lewatnya 20 Januari tahun depan.
“Perdana Menteri sudah putuskan untuk membubarkan Parlimen tahun ini," kata laporan muka depan akhbar harian berpengaruh, Nikkei, hari ini.
Mainichi Shimbun pula berkata, Perdana Menteri akan membubarkan Parlimen Jumaat ini manakala pilihan raya umum diadakan 9 Disember.
Pilihan raya umum Jepun mesti diadakan musim panas depan berikutan mandat empat tahun penggal Parlimen sekarang akan berakhir tidak lama lagi. - Assosiated Press
0 comments:
Post a Comment