Panas Berapi!!! Bekas Ketua Polis Negara Dedahkan sesuatu Tentang Menteri KDN.. Jom Terjah!!!

NONEBekas Ketua Polis Negara (IGP) Tan Sri Musa Hassan hari ini mendakwa bahawa pasukan polis semasa di bawah pimpinannya berdepan dengan campurtangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya, Musa berkata Hishammuddin pernah memberi arahan terus kepada pegawai-
pegawai junior dan seorang ketua polis daerah tanpa pengetahuannya.

Oleh itu, katanya, beliau memberitahu Hishammuddin mengenai Seksyen 4 (1) Akta Polis (1967, yang menyatakan bahawa arahan dan kawalan pihak polis adalah oleh IGP dan bukannya menteri.

"Sudah tentu, saya tidak boleh biadap kepadanya kerana (beliau) seorang menteri. Saya memberitahunya dengan baik. Dia tak suka," kata Musa.

Beliau menjawab soalan media sama ada beliau pernah berdepan dengan halangan daripada Hishammuddin pada zamannya sebagai pegawai tertinggi pasukan polis negara. Musa bersara pada September 2010.

Sidang akhbar diadakan oleh Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), di mana Musa menjadi penaung dan penasihatnya.

Ditanya lagi sama ada Hishammuddin menunjukkan reaksi negatif, Musa menjawab: "Saya fikir begitulah. Itulah sebabnya (kontrak saya) tidak dilanjutkan."

2 comments:

  1. saya x malu utk berikan tabek kpd Musa ni kerana berani berckp oeh benar

    ReplyDelete
  2. itulah standard pejawat awam bila dh x berkuasa.. masa tgh berkuasa knpa x nk cerita ?? jgn takut kerana rezeki kita manusia Allah swt yg tentukan bukannya pemimpin2 yg ada...pecayalah pada Qada & Qadar...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.