Namun, pendakwaan terhadap "tokoh popular dan memiliki harta yang banyak" itu tidak dapat dibuat kerana kelemahan peruntukan undang-undang bawah Akta SPRM 2009, kata MP PAS itu tanpa menamakan individu tersebut.
MP Kubang Kerian itu berkata, kelemahan dalam peruntukan berhubung pengakuan dan beban pembuktian berkaitan kes rasuah perlu diteliti semula melalui satu suruhanjaya pembaharuan undang-undang yang perlu segera ditubuhkan.
"Sebab itu SPRM mencadangkan kepada (panel khas SPRM) untuk membawa (cadangan ini) ke parlimen, supaya diadakan pembaharuan kepada undang-undang ini," kata naib presiden PAS itu lagi dalam satu sidang media di banguna Parlimen hari ini.
Jelasnya, kelemahan itu melibatkan peruntukan dalam Seksyen 23 dan Seksyen 50 Akta SPRM 2009.
0 comments:
Post a Comment