Kerajaan Kelantan berhak membatalkan perjanjian antara kerajaan negeri
itu dengan Petronas yang dibuat pada 1975 dan mengambil semua platfom
minyak yang diusahakan syarikat petroleum dan gas itu, kata Pengerusi
Jawatankuasa Tuntutan Royalti dan Pendaratan Gas Negeri Kelantan, Datuk
Husam Musa.
Beliau berkata, berdasarkan pengisytiharan
undang-undang Akta Pembangunan Petroleum 1974, Petronas telah melanggar
peruntukan perlembagaan persekutuan yang ditetapkan kepada setiap negeri
berdaulat.
"Mahkamah
dunia menetapkan Kelantan negeri berdaulat walaupun pada masa itu
sebelum merdeka. Tapi status kedaulatan negeri telah wujud. Akta
(Pembangunan dan Petroleum) 1974 jika ditafsirkan telah mencabar
kedaulatan negeri.
"Oleh itu, Kelantan berhak membatalkan
perjanjian 1975 dan kembalikan semua platfom telaga minyak yang diusaha
Petronas 100 peratus kepada Kelantan," katanya dalam ceramah sempena
konvoi royalti minyak ke Putrajaya malam tadi di Dataran Kemerdekaan
Shah Alam.
Ceramah malam tadi, dihadiri kira-kira 5,000 orang yang kebanyakannya peserta konvoi daripada Kelantan.
Antara
yang hadir ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat;
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS, Datuk Seri
Abdul Hadi Awang.
Sebanyak 500 kereta dari Kelantan dan 100
kereta dari negeri lain berkonvoi ke Dataran Kemerdekaan malam tadi dan
seterusnya ke Putrajaya pada jam 8 pagi ini untuk ke Istana Kehakiman
bagi menuntut hak negeri tersebut ke atas bayaran royalti minyak.
Hari
perbicaraan kes saman Kerajaan Negeri Kelantan terhadap Petronas
berkenaan royalti petroleum pada jam 9 pagi ini di Putrajaya.
Selain
itu, Husam berkata lagi, beliau turut meminta agar Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Abdul Razak berfikir secara rasional dan bijak dalam
membuat keputusan berhubung pemberian royalti minyak di Kelantan.
Jelasnya,
sekiranya royalti masih tidak diberikan, bukan sahaja Kelantan, malah
Terengganu, Sabah dan Sarawak boleh turut membatalkan perjanjian yang
dilakukan antara Petronas dan kerajaan negeri masing-masing pada tahun
1975.
"Najib masih ada masa untuk berfikir secara rasional dan
bijak. Kalau tidak, Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan akan
terburai. Petronas akan terkubur," katanya sambil menambah angka
tunggakan bayaran royalti kepada Kelantan kini berjumlah RM10.4 bilion.
Sementara
itu, dalam ucapan ringkas, Nik Aziz pula berkata, sekatan berhubung isu
royalti minyak negeri Kelantan yang dibuat oleh kerajaan pusat yang
dipimpin oleh Umno menunjukkan bahawa mereka membenci pergerakan Islam.
Sambil
menjelaskan manusia terbahagi kepada tiga iaitu mukminin, kafir dan
munafik, Nik Aziz berkata, sekatan royalti tersebut bukan dibuat oleh
Petronas, sebaliknya kerajaan yang memerintah.
"Tengku Razaleigh
(Hamzah) kata disekat oleh Petronas. Sebenarnya sekatan ini Umno yang
buat sebab dia kuasai pusat. Yang kuasai pusat sekarang bukan MCA tapi
orang Melayu Umno. Benci pada gerakan Islam.
"Dia (Umno) kata
nak tolong orang Melayu. Tapi saya ini Melayu juga, baka raja lagi. Tapi
tak beri," kata Nik Aziz yang mengakhiri ucapannya dengan bacaan doa.
Search
Followers
Akhbar
Sahabat Setia 1
Sahabat Setia 2
-
PN mencari penawar untuk pulih keretakan5 days ago
-
MASALAH GENERASI LEMBIK.2 years ago
Archives
- ► 2015 (238)
- ► 2014 (617)
- ► 2013 (1027)
- ▼ 2012 (1233)
- ► 2011 (1330)
0 comments:
Post a Comment