ALOR SETAR: Ahli parti perlu menyebarkan
fikrah pimpinan dan bukannya fikrah diri sendiri, demikian teguran
Ketua Penerangan PAS Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor kepada ahli PAS yang
memiliki akaun media baharu.
“Ya,
kita ada fikrah kita sendiri. Tetapi sebagai orang yang duduk di dalam
jamaah, duduk dalam parti, parti ini dikawal dan dikendalikan dengan
fikrah pimpinan, bukan fikrah ahli.
“Ahli
kena turut pimpinan dan sebarkan. Ada arahan boleh disiarkan secara
terbuka, yang tidak boleh disiarkan secara terbuka kena guna saluran
ditentukan,” ujarnya pada pertemuan bersama rakan media baharu di Seri Mentaloon, baru-baru ini.
Menurutnya,
setiap pemilik media baharu adalah seperti pemilik syarikat akhbar
persendirian di mana diri mereka juga berorganisasi tetapi tidak terikat
dengan organisasi.
Manakala
katanya, mereka yang terikat dengan organisasi parti pula boleh kawal,
diarah dan diberitahu akan kehendak parti dan panduan penyiaran.
“Masalah
dihadapi apabila mereka yang tidak terikat dengan organisasi parti
tetapi bercakap seolah-olah mewakili organisasi parti, mewakili suara
parti atau nak beri input juga mengenai parti tetapi dengan cara
terbuka.
“Ini
masalah dihadapi apabila pandangan umum yang tidak terikat dengan
organisasi parti ini mendesak kita untuk menerima pandangan mereka.
“Mungkin
ada perekayasaan baru dalam parti bagaimana ahli dapat menyalurkan
pandangan dan dimasukkan dalam perlembangaan bahawa pandangan melalui
facebook itu diambil kira. Ini jangkamasa panjang mungkin boleh berlaku.
“Tetapi
pada masa sekarang kita tidak boleh melayani semua pandangan yang
dilontarkan melalui penerbitan milik sendiri ini,” jelas beliau.
Katanya,
pihak Lajnah Penerangan PAS Negeri merakamkan penghargaan atas usaha
mereka yang membantu menyebarkan maklumat parti selama ini.
Ujarnya,
disebab akaun itu adalah milik sendiri, maka pahala juga akan dapat
sendiri, tetapi dosa juga boleh dapat dengan menyebarkan fitnah.
Demikian
itu nasihatnya, elak berita tidak benar tetapi sensasi kerana ramai
orang teruja dan suka berita sensasi sedangkan berita itu tidak benar.