KUALA LUMPUR: Kejutan budaya, keinginan mencuba dan sikap tidak apa
menjadi punca segelintir mahasiswi terjebak dengan kegiatan liar dan
maksiat hingga mengundang bencana apabila terpaksa meninggalkan
universiti atau menangguhkan pengajian kerana mengandung anak luar
nikah.
Lebih mengejutkan, ada antara mereka mengaku terlanjur dengan ramai
lelaki selepas terpedaya dengan pujuk rayu si hidung belang yang bijak
menyusun ayat memujuk.
Ikuti pengakuan tiga siswi, Fifi, Wati dan Irah yang kini terpaksa
menghuni di rumah perlindungan wanita selepas hamil anak luar nikah.
Meskipun pernah melakukan hubungan seks dengan lima teman lelakinya,
Fifi (bukan nama sebenar), 25, tidak pernah hamil walau tidak
menggunakan alat perlindungan kehamilan.
Bagaimanapun, selepas melakukan perbuatan terkutuk itu bersama teman
lelaki keenam, siswi sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ini
terkedu apabila disahkan hamil selepas perutnya makin membesar dan tidak
dapat disorok lagi.
Harian Metro