enganjur perhimpunan Janji Demokrasi, Maria Chin Abdullah berkata,
soalan-soalan yang ditanyakan pihak polis kepada beliau dan Sasterawan
Negara, Datuk A Samad Said 'tidak relevan'.
Maria yang dipanggil
bersama A Samad memberi keterangan di ibu pejabat polis daerah (IPD)
Dang Wangi berkata, soalan yang ditanyakan kepadanya mengenai sidang
media penganjur di ibu negara pada 24 Ogos lalu.
Ditemui
pemberita selepas memberikan keterangan, Maria berkata, beliau ditanya
tentang kehadiran ke sidang media yang diadakan di Dewan Perhimpunan
Cina Kuala Lumpur-Selangor itu dan peranan beliau.
"Soalan
yang ditanyakan oleh polis tidak relevan kerana kesemua jawapan itu dia
boleh perolehi di luar sana dan di (laporan) media," katanya.
Maria
ditemani peguam Lathefa Koya manakala A Samad yang mesra dengan
panggilan Pak Samad pula diwakili peguam Datuk S Ambiga dan Syahredzan
Johan.
Semalam, Pak Samad dan Maria menerina
notis hadir ke IPD Dang Wangi bagi memberi keterangan berhubung
perhimpunan Janji Demokrasi. Mereka bagaimanapun berunding dengan polis
supaya dapat menangguhkan ke hari ini.
Sementara
itu, Pak Samad hari ini berkata, beliau dipanggil memberi keterangan
sebagai saksi memandangkan beliau tidak terlibat dalam penganjurannya
dan cuma diundang membacakan puisi.
Seperti Maria, beliau juga enggan menjawab semua soalan kecuali mengenai maklumat diri.
"Tidak ditanya langsung tentang puisi itu (yang dibaca) seingat saya," kata Pak Samad lagi.
Menurut
Ambiga pula, Pak Samad hadir sebagai saksi bawah seksyen 110, Kanun
Keseksaan, berbeza dengan notis polis bawah seksyen 9(5) Akta
Perhimpunan Aman semalam.
"Notis itu diberi
dibawah seksyen 9(5) iaitu kepada penganjur. Pak Samad bukan penganjur,
jadi notis itu telah dibatalkan. Tetapi dia hadir sebagai saksi," kata
Ambiga.
Dalam pada itu, ketika menunggu Pak
Samad dan Maria selesai disoal siasat, kira-kira 20 orang aktivis seni
dan NGO hadir menanti di luar IPD bagi memberi sokongan.
0 comments:
Post a Comment