SENIMAN Datuk Aziz Sattar dirawat di Unit Rawatan Jantung (CCU),
Hospital Ampang sejak Sabtu lalu setelah mengadu masalah sesak nafas.
Anaknya, Fandakiah, 44, berkata, Aziz Sattar atau lebih mesra disapa dengan panggilan Pak Ajis terpaksa dikejarkan ke Hospital Ampang setelah mengadu sesak nafas.
"Pada mulanya dia mengadu penat, selepas itu nafasnya mula tidak teratur dan kami menghantar ayah ke hospital. Ayah sebelum ini tidak pernah mengalami sebarang penyakit.
"Setakat ini, keadaannya masih stabil. Namun masih dalam pengawasan pihak hospital. Buat masa ini, dia tidak mahu menerima sebarang pelawat daripada pihak media dan ingin berehat," katanya lagi.
Berita mengenai keadaan kesihatan beliau diketahui menerusi Presiden Seniman, Zed Zaidi.
Minggu lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan berita pelakon veteran, Osman Kering, 57, dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia kerana mengalami masalah jangkitan kuman pada organ.

0 comments:
Post a Comment