Sudah 3 Bulan PTPTN Unisel Dihentikan.. Siapa Sebenarnya Yang Arahkan?? Jom Terjah!!!


rafizi_ramli3PETALING JAYA: Pengarah strategik PKR Rafizi Ramli (pic) hari ini telah mencabar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tampil memberikan penjelasan dakwaan bahawa adakah beliau sendiri yang mengarah untuk menghentikan pemberian skim Pinjaman Tabung Pelajaran Tinggi Nasional (PTPTN) kepada pelajar ambilan semester baru Universiti Selangor (Unisel).
Semalam, Menteri Pengajian Tinggi, Khaled menerusi laman Twitter-nya berkata: "Unisel boleh hapuskan yuran, dengan sendirinya memenuhi matlamat pendidikan percuma dan penutupan PTPTN yang dilaungkan Anuar (Naib Canselor Unisel) dan Pakatan."

Lantas kenyataan Khaled yang disifatkan oleh Rafizi sebagai kebudak-budakkan ini, telah menimbulkan persoalan berkemungkinan besar beliau sendiri yang mengarahkan skim Pinjaman Tabung Pelajaran Tinggi Nasional (PTPTN) itu disekat.

Ekoran baru-baru ini dilaporkan kerajaan mula menghentikan pinjaman kepada pelajar semester baru UNISEL sejak tiga bulan lalu.

Jika tidak benar, Rafizi menggesa  Khaled sebagai menteri harus bertanggungjawab dan mengambil tindakan untuk memastikan perkara seperti  ini tidak berlaku lagi di masa akan datang

“Tetapi jika benar, tindakan Khaled yang mengamalkan politik dendam perlu dikecam dan Khaled wajar meletakkan jawatan,” kata Rafizi di sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.

Malaysian Digest telah berusaha untuk menghubungi Khaled melalui  panggilan telefon dan sistem pesanan ringkas (SMS) akan tetapi tiada sebarang respon diperolehi setakat ini.
mD

1 comments:

  1. oleh itu... mari kita pakat pakat boikot bayar cukai...
    http://anakperelihblog.blogspot.com/2008/01/mari-kita-boikot-bayar-cukai-dari-arkib.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.