"Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sudah menghantar surat kepada Unisel mengenai penarikan balik pembekuan pinjaman PTPTN dan para pelajar boleh memohon PTPTN seperti biasa," katanya.
Justeru, katanya pelajar Unisel kini boleh memohon pinjaman PTPTN dan setiap permohonan akan diproses seperti biasa.
Ismail berkata, langkah menarik balik sekatan itu juga dibuat berikutan kerajaan negeri Selangor yang merupakan pemilik Unisel dilihat tidak mampu menyediakan pendidikan percuma di negeri itu.
"Kita yakin Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat tidak boleh memberikan pendidikan percuma kepada para pelajar walaupun mereka sering menguar-uarkan yang mereka boleh melakukannya.
"Tapi kita lihat sebaliknya dan dalam hal ini yang jadi mangsa adalah para pelajar. Kita juga mendapat banyak respons terutama daripada ibu bapa pelajar yang mahu ia ditarik balik".
Sebelum ini Mohamed Khaled dilaporkan berkata, tindakan pembekuan pinjaman PTPTN itu dibuat untuk memberi peluang kepada kerajaan negeri Selangor yang mahu pendidikan di negara ini, termasuk di peringkat tinggi diberi secara percuma, membuktikan perkara itu. - BERNAMA
0 comments:
Post a Comment